Jalan yang mana harus ku lalui
Hari ini Cuti Deepavali. Dah 4 hari terperap kat rumah. Jalan kampung yang dinaiki air dah mula surut. Saya minta tolong jiran sebelah rumah untuk ambil kereta dekat kampus. Bila keluar banyak maklumat tentang air dekat jalan mana masih dalam dan dekat mana boleh lalu. Maklumat ni memang berguna kalau nak kumpul data jalan yang cepat naik air kat perlis ni. Kena buat Pengurusan Pengetahuan (KM) untuk banjir di Perlis nii. Campur pula data dari JKR lagi bertambah baik KM nanti. Pusing punya pusing last sekali ambil highway turun kat Arau.
Di Arau macam tak ada apa-apa. Jalan kering semua macam biasa. Orang luar kalau turun sini macam tak percaya yang sini kena banjir antara yang terawal. Yalah dah lima hari. Tapi tanda air kat dinding rumah masih nampak. Jelas sekali ada yang sampai 1 meter. Station minyak ada yang tak operasi, tentu tenggelam habis. Duit kat ATM juga dah kering agaknya. Bila nak keluarkan cash ...semua mesin Out Of Service. Hari ini bubuh minyak, beli barang semua pakai kad kredit ...pasal dalam poket tinggal untuk kecemasan saja. Pandai-pandai dan bijak-bijaklah berbelanja. Sendiri punya poket sendiri mau tau laaa.
Jalan Sekolah Derma masih dalam untuk hari ke lima banjir
Persimpangan Jalan Sekolah Derma dengan Hospital masih ada air lebih kurang sekaki.
Jalan Kangar ke Padang Besar. Traffic Light depan Masjid Putra masih menjadi tempat pesta air.
Station minyak Jalan Kangar ke Padang Besar
Jalan Santan. Kanak-kanak sedang menjala ikan.
Tak jadi nak lalu kat sini.
Sekian. Kiasan Just Read duk fikir kalau tak ada kenderaan lain memang patah kaki nii.
Comments
kangar jer yang selalu teruk..(tp tak seteruk ini)...