Apakah yang memotivasikan pekerja?
Apa yang memotivasikan mereka? |
Sebaliknya dari dari kajian yang dibuat terhadap pekerja mahir ianya mendapati pendapat pengurus ini langsung tidak betul. Menurut kajian ini faktor yang paling utama yang telah memotivasikan pekerja ini adalah "Kemajuan yang mereka capai terhadap tugas yang dibuat pada hari tersebut". Itu yang menyeronokkan mereka dan ia teruja sebagai suatu motivasi untuk terus berjaya dalam tugasan yang dibuat pada esoknya.
Maka setiap hari ianya mungkin berbeza tahap kemajuan mereka. Ini bermakna kesoronokan juga mungkin berbeza.
Keputusan kajian ini telah dapat membantu pihak pengurusan memahami keadaan sebenar yang meningkatkan motivasi staf mereka. Pengurusan hendaklah menyediakan keperluan, memberi ransangan, menyokong usaha dan menentukan matlamat kejayaan tugasan. Seronok membaca artikel ini bila keputusannya berlainan dari apa yang selalu kita fikirkan. Maka jika inilah kata kunci motivasi maka ianya terletak pada diri sendiri rupanya. Ada banyak lagi rangsangan motivasi yang diketengahkan dalam artikel ini.
Kejayaan yang dicapai hendaklah diraikan. Tapi bukan bermakna setiap hari hendak diraikan. Teringat HEA meraikan kejayaan perlaksanaan peperiksaan akhir walaupun banjir melanda. Ini contoh yang baik kerana mereka berjaya melalui cabaran banjir ini terhadap peperiksaan akhir dengan pelbagai tindakan penyelesaian setiap hari dengan berkesan.
Ada banyak lagi sebab bagaimana pekerja dimotivasikan atau termotivasi tetapi kajian di atas tidak semestinya betul pada semua jenis kerja. Anda mungkin setuju dan mungkin tidak setuju. Itu saya serah pada pembaca sekelian untuk membuat komen.
Anda boleh membaca sebahagian artikel tersebut secara online di HBR ini atau boleh dapatkan secara hardcopy di perpustakaan.
Sekian. Kiasan Just Read one article in Harvard Business Review.
Comments