Program Korban UiTM Perlis - 2: Kapak Mengapak

Che Man cukup bertenaga!
Lembu korban yang telah siap dilapah; bahagian paha di gantung dan dipotong dagingnya untuk dihantar ke tempat yang akan memotong daging-daging ini kepada yang lebih kecil. Tulang-tulang dikumpul satu tempat untuk dikapak menjadi kecil dan mudah untuk dibungkus.

Kerja memotong tulang kita bagi kepada mereka yang mahir tentang kapak mengapak. Banyak kudrat nak pakai nii. Nak tulang apa? Tulang rusuk (ribs) atau nak daging batang pinang (sirloin). Jangan pandai makan jaa kena tahu juga bahagian-bahagian dekat lembu ni baru dapat daging lembut dan cantik.

Panggilan bahagian-bahagian daging lembu ini rupanya berbeza antara Amerika, British dan Belanda. Hal-hal berkaitan dengan daging lembu boleh tanya Wiki! dan lihat sendiri nama bahagian yang dimaksudkan. 

Klik pada gambar untuk besarkannya.





Sekian. Kiasan Just Read ...syukur dapat berkorban.


[Nota: Program Korban UiTM Perlis diadakan pada 19 Nov 2010 - Jumaat ]

Comments