Program Korban UiTM Perlis - 1: Mula Sebelum Subuh

Program Korban UiTM Perlis bagi tahun 2010 bermula dengan persetujuan peserta untuk membuat pemotongan gaji bagi menyertai ibadah korban tahun ini pada Program Korban UiTM Perlis 2009 lagi. Walau bagaimanapun ramai juga yang menyertainya di saat-saat akhir yang meningkatkan jumlah lembu korban sebanyak sepuluh ekor dan Kerajaan Negeri Perlis pula menambah seekor lagi sebagai sumbagan menjadikan kesemuanya sebelas ekor.

Program ini yang berlangsung pada 19 Nov 2010 ini jatuh pada hari Jumaat iaitu hari raya ke 3. Bagi memastikan ianya dapat diselesaikan sebelum waktu sembahyang Jumaat maka seawal jam 4 pagi telah bermula program ini dengan kerja-kerja penyediaan untuk penyembelihan. Saya sampai ke lokasi pada jam 8:00 pagi dan dimaklumkan sebanyak 8 ekor lembu telah dikorbankan.

Proses jual beli dan berniat korban
Bagi lembu yang kesembilan dan kesepuluh saya sempat melihat proses membeli lembu dan niat korban oleh peserta dan juga oleh wakil yang diamanahkan.

Penyembelehan pula dilakukan dengan begitu kemas dan cepat. Krew yang melaksanakan tugas penyembelihan, melapah dan memisahkan bahagian-bahagian daging memang dari mereka yang berpengalaman luas. Tempat sembelihan cepat dibersihkan selepas setiap sembelihan dibuat.

Jam 8:37pagi lembu ke 9 dikorbankan


Kerja melapah dilakukan oleh mereka yang mahir

Sekian. Kiasan Just Read ...syukur semuanya berjalan lancar.

Comments

Popular Posts