Sunday, October 31, 2010

Koleksi Khas Bolasepak Malaysia


Tahniah Kelantan kerana menjuarai Piala Malaysia tahun ni. Tengok kepada permainan dan sokongan penonton Kelantan nampak gaya bertambah meriahlah Piala Malaysia tahun hadapan. Sokongan penonton memang penting untuk persatuan bolasepak negeri bergerak dan membangun.

Nii saya dok fikir kalau tengok tv Astro channel bolasepak kadang-kadang ada ditayangkan perlawanan bolasepak koleksi dari Chelsea dan ada juga koleksi dari Manchester United (MU). Kalau kat Malaysia ada tak koleksi perlawanan bolasepak pasukan Malaysia atau pasukan-pasukan negeri?

Yang saya tahu dari dahulu lagi RTM sajalah yang membuat siaran langsung perlawanan tersebut. Cuma sekarang ini Astro, TV3 pun ada juga buat siaran langsung. Semuanya menjadi hak exclusive mereka.

Bagaimana ya kalau persatuan-persatuan badan sukan mengumpul dan memiliki koleksi video perlawanan yang lepas ini dari syarikat tv ni. Bukanlah sekadar ada tetapi well organize. Ada pusat sumber atau mini perpustakaan. Bolehlah nanti pelatih atau coach menonton semula game untuk memperbaiki kelemahan. Dan lagi kalau nak review game yang lepas adalah tempat nak pi cari.

Persatuan boleh juga buat duit dengan menjual koleksi video nii.  Pandai-pandailah buat MOU dengan penyiar RTM, Astro atau TV3.

Super Mokhtar, James Wong, Santok, Chin Ann antara pemain Malaysia yang saya ingat masa saya budak-budak dulu. Game mereka bersama Malaysia melawan Korea selatan dalam tv yang ditayangkan baru-baru untuk iklan merupakan koleksi yang ada untuk tatapan kita masa ini. Masa perlawanan siaran langsung itu saya turut menontonnya di kaca tv!  Kalaulah koleksi itu tidak ada? Susahkan untuk memahami sejarah dan tak sama nak cerita kehebatan mereka dengan menonton video ni.

Senang cerita FAM buatlak perpustakaan bolasepak anda! dan lepas ini BAM dan persatuan permainan yang lain pulak. Kalau masing-masing dah ada Tahniah laa.

Inilah yang dipanggil Special Library. Perpustakaan yang mempunyai koleksi khas mengenai sesuatu.

Sekian. Saya yang mencadang.

Thursday, October 28, 2010

Perpustakaan Awam Luar Biasa

Public Library in Kansas-city

Dari hari sabtu lepas isteri saya suruh tengok gambar Perpustakaan Awam Bandar Kansas kat dalam Utusan Malaysia 23 Okt 2010. Tapi saya tak jumpa surat khabar tuu.  Malam ni bila dia tunjuk ..wow menarik bangunan perpustakaan ni.

Public Library in Kansas-city


Public Library in Kansas-city


Emmmp nii semua peluang untuk membuktikan 'think out of box' memang luar biasa syoknya.
Bolehlah lepas nii dok tengok bangunan-bangunan kat dalam kampus yang mungkin menjadi bahan ujian. Kalau kat sini nampak gaya dewan lama tuu boleh try kut!

Sumber gambar: Photobucket.

Pengurusan perpustakaan ...web search.


Alhamdulillah ..tak sangka keyword pengurusan perpustakaan masih meletakkan blog "KIASAN Just Read"  di muka depan search engine seperti Google Search, Google Blogs Search. Altavista, Dogpile, Bing, Metacrawler, Lycos dan juga Yahoo Search. Sementara keyword pengurusan maklumat terlalu ramai menggunakannya hinggakan blog ini tenggelam tiada kesan.

Keyword 'kiasan' dah sah laa di muka pertama Google Search dan Google Blogs Search sementara di muka kedua untuk Yahoo Search. Nii semua maklumat yang diperolehi dari test search engine pada 28 Okt 2010.

Penggunaan keyword yang lebih moden, terkini, sensasi dan gempak nampaknya lebih menarik minat pembaca. Sementara penggunaan perkataan "pengurusan perpustakaan" merupakan terma yang lama dan popular suatu masa dulu sahaja. Tetapi bagi saya ianya terma evergreen ...takkan luntur he he he.

Sebab tuu laa tak ramai yang menulis tentang perpustakaan dan menjadi kelebihan untuk "Kiasan Just read" berada di muka depan. Saya percaya itupun dengan bantuan saudara dan saudari yang menjadi pembaca setia blog ini.

Kawan saya pernah berkata kepada saya yang dia nak tengok berapa lama Kiasan Just Read boleh bertahan dalam Internet. Katanya apa yang hendak diceritakan sangat tentang perpustakaan nii. Saya jawab ianya bergantung kepada niat saya menulis blog ini. Selagi niat itu betul maka saya akan terus menulis. Saya kena pastikan niat saya sentiasa betul. InsyaAllah.

Maka setiap kali saya menulis saya suka jika ada pembaca. Saya suka pembaca memberi komen. Kerana setiap komen samada positif atau negatif merupakan suatu kelangsungan ilmu kepustakawanan.  Siapa saja samada bertugas atau bukan bertugas dalam perpustakaan, pelajar atau orang awam yang berminat dengan perpustakaan boleh memberi pandangan mereka dengan bebas. Ianya akan membantu kita melihat dari sudut yang berlainan apabila kita banyak mendengar dan membaca komen yang dilontarkan.

Semoga Allah memberi saya daya untuk meneruskan blog ini dan menjadikan perpustakaan tidak asing kepada masyarakat kita.

Sekian, untuk kali ini...

Amalan Amalan Amalan

Amalan Amalan Amalan...Amalkan yang terbaik.
Sekadar gambar tanpa bicara. Menjadi kenangan di waktu lapang bukan waktu kerja. Yang cantik kekalkan kecantikan. Gambar yang benar takkan pudar sampai bila-bila. Kalau dah pejam mata begitulah adanya. Jangan dok marah kepada kamera. Yang senyum kekal selamanya. Salam mesra dari saya... cewaah.  Just read... jangan lupa klik untuk besarkan gambar.






















Wednesday, October 27, 2010

Blur



Mata ni dah mula rasa 'Blur'. Mungkin bila umur meningkat semuanya mula menjadi kurang. Tenaga semakin kurang, mata semakin blur ... kabur. Nafsu makan pun dah mula menurun...tapi perut makin naik. Manakan tidak excercise dah makin kurang. Macam mana lemak nak terbakar. Setakat baling bola bowling sebulan sekali apa sajalah nak terbakarnya. Bilalah nak pii buat excercise senaman Malaysia kat denai. Malam sabtu ada tarian poco-poco kat tepi hotel. Cakap aja ni memang tak pii pun.

Boss saya pernah pesan macam mana nak jaga mata. Kata beliau kalau waktu petang tu jangan dok membaca. Dekat-dekat maghrib laa tuu, hari semakin gelap cahaya tak cukup jadi betullah boleh merosakkan mata. Katanya lagi jangan membaca sambil berbaring. Bila berbaring jarak fokus mata dengan buku tidak tetap. Tau sajalah kejap ke kiri kejap ke kanan bergolek-golek atas katil. Itu pun merosakkan mata. Kalau tak rosakpun mata jadi lelap...last sekali tertidor. Jadi bila baca duduklah atas kerusi dan letak buku atas meja dengan betul.   Lagi satu nasihat beliau bila dalam kereta yang bergerak tak yah laa membaca. Tak pasal-pasal pening dan muntah. Ni nasihat pada penumpang, bukannya pemandu. Pemandu kalau membaca sambil memandu alamat lepas ni baca bil hospital laa atau tak baca dah. Orang lain yang tolong baca pulak kut. Tau sajalah baca apa.

Yang saya percaya sangat cakap boss ni bukan pasal apa, dari dulu (muda) sampai laa (tidak muda) beliau tak pakai cermin mata. Kadang-kadang keleh juga kut-kut dia pakai contact lenses. Betullah dia tak pakai contact lenses. Sayangnya petua ini, beliau seorang saja yang ikut. Semua anak-anaknya pakai cermin mata.

Hari tuu pegawai Soscho datang buat pemeriksaan di perpustakaan. Beliau nasihatkan pencahayaan yang cukup untuk pelajar membaca. Lepas nii kena laa tengok tempat yang perlu dicerah, dicerahkan.

Tambahan kepada yang boleh mem'blur'kan lagi ialah:
  1. penyakit (kencing manis dll)
  2. umur (kalau dah masuk 40an maka rabun dekat pun datang)
  3. keturunan
  4. menggunakan PC lama sangat tak reti-reti nak rest.
  5. bawa kereta tengah hari panas terik dan silau (tidak ada bukti).
  6. bawa kereta malam-malam dan kena silau cahaya kereta depan (tidak ada bukti).
  7. dan lain-lain yang saudara saudari boleh bagi komen
Untuk boss terima kasih atas nasihat.

Mata dah blur tapi otak InsyaAllah jangan dibiar ....blur.

Rebranding Kiasan Just Read!



Rebranding laa pulak!.

Memikirkan sharing knowledge dan juga penyebaran maklumat yang lebih luas kepada masyarakat luar tentang perpustakaan sebagai suatu medium untuk perkembangan ilmu maka saya membuat keputusan untuk rebranding tajuk Blog ini kepada KIASAN Just Read (KJR).

KJR masih meletakkan pengurusan perpustakaan dan pengurusan maklumat sebagai tujuan utama blog dengan membuat penambahan kepada Community of Practice dan juga Knowledge Management.

Kiasan Just Read tetap mengekalkan persembahan yang santai.

Friday, October 22, 2010

Perpustakaan Anak Yatim: Utusan Malaysia

Jika anda baca Utusan Malaysia 22 Okt 2010 jangan lupa baca tentang Perpustakaan Anak Yatim. Penulisnya adalah Zuarida Mohyin. Saya link kan anda dengan artikelnya di sini....Satu Perpustakaan satu rumah anak yatim.


Utusan Malaysia Online - Keluarga

Thursday, October 21, 2010

Knowledge Cafe


Knowledge cafe! emmp ..... ingatkan cafe yang ada teh tarik atau roti bakar ka! Pertama kali dengar phrase ni. Tu laa bila dah terjauh sikit dan lama tak update knowledge, terma barupun tak faham.

Rupanya ... Knowledge cafe lebih kurang macam borak-borak kat kedai kopi juga. Cafe samalah tu dengan kedai kopi kan. Cuma bezanya borak kat kedai kopi hasilnya habis kat situ sahaja.

Knowlegde Cafe lebih dari itu ianya tetap perbincangan secarai santai tetapi mempunyai struktur. Mudah dan memang elok dalam membuat perbincangan bagi 'Community of Practice' atau bagi kumpulan yang menjalankan aktiviti yang sama.



Knowlege Cafe (KC) ini diperkenalkan kepada saya di perpustakaan sebagai satu kaedah untuk menjayakan 'Community of Practice' (Nak kata diperkenal kepada kami takut saya seorang saja yang tak tahu pulak). Ianya dibuat dengan pembahagian beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai antara 7 atau 8 orang ahli. Seorang yang memang faham tentang perjalanan KC ini ditempatkan untuk guide perjalanan perbincangan. Beliau mempunyai borang yang sudah  disediakan awal bagi mengisi maklumat yang diperlukan dalam menghasilkan keputusan dari COP ini.

Seorang lagi ahli menaipkan hasil perbincangan dalam komputer sebagai persiapan untuk pembentangan atau persembahan nanti. Salah seorang ahli dari kumpulan ini dilantik sebagai ketua. Sementara yang lain sebagai ahli. Bukan ahli yang cuma dengar dan yes  jaa..tetapi ahli yang bagi input untuk COP ini. Yang jaga masa tu ... ketua laa dan dia juga yang run the show.

Tajuk bagi Community of Practice (COP) diberi pada setiap kumpulan. Tajuk memanglah berbeza, bayangkan perkhidmatan di perpustakaan bukannya sedikit Macam-Macam Ada. Oleh kerana banyak tajuk maka banyak lah table. Riuh rendah dibuatnya... maklumlah dekat cafe.

Perbincangan COP menghasilkan point-point yang perlu di isi dalam ruang-ruang tertentu. Ruang praktis semasa, ruang masalah dan ruang penyelesaian serta ruang new ideas. Senarai point dibuat dan diteliti serta dibincangkan. Sebagai contoh jika COP berkaitan dengan Publication maka apa yang dicari adalah:
  1. Apa yang dipraktiskan di perpustakaan kita pada masa ini?
  2. Apakah masalah dari segi kompetensi yang merencatkan tindakan atau praktis kita?
  3. Apakah penyelesaian dari segi kompetensi yang boleh mempercepatkan perlaksanaan praktis tersebut?
  4. Apakah praktis yang dibuat atau dilaksanakan di perpustakaan lain yang boleh kita share dan laksanakan?
  5. Apakah idea baru yang boleh dilaksanakan sebagai suatu praktis bagi meningkatkan pencapaian perkhidmatan ini? Idea baru yang orang lain tak buat lagi. Idea ni ambillah dari mana-mana tempat ...tak semestinya library aja.
Masa ditentukan untuk perbincangan ini. Round pertama 60 minit. Bila cukup masa ahli-ahli diminta untuk pindah ke table lain pula. Yang tinggal cuma ketua dan juga ahli yang menaip pada PC sahaja. Jadi bila ahli kumpulan  lain joint tablenya maka ketua akan terangkan tajuk COP untuk table tersebut dan terangkan semua 5 point diatas tadi yang telah dibincangkan. Kumpulan baru yang joint table ini akan beri point baru atau idea baru sebagai tambahan kepada tajuk ini. Selepas cukup masa (lebih kurang 20 minit)  maka kumpulan lain pula akan datang dan proses mendapat idea baru diteruskan. Masa yang berikan untuk pergerakan kumpulan ini lebih pendek dari perbincangan peringkat awal. Akhir sekali kumpulan asal berkumpul balik untuk persediaan persembahan.

Selepas siap pengumpulan idea dan key in dalam PC maka barulah persembahan kumpulan dibuat oleh ketua kumpulan. Maka persembahan yang disampaikan ini lebih ummp .... kerana banyak idea telah digabungkan.

Tahniah kepada Jawatankuasa yang melaksanakan COP ini. Mereka termasuklah  Pn Getta dan staf dari Paradigm System Berhad, Dato' Dr Zaiton (Mantan Ketua Pustakawan UM), Pn Hjh Paiza (Mantan ketua Pustakawan UiTM), Cik Zahariah (Mantan ketua Pustakawan UPSI) dan Pn Faridah TKP Kanan PTAR.

Di bawah ini sebahagian dari kumpulan COP yang terlibat (sila klik untuk besarkan gambar).

















Library Hotel

Macam tak percaya ada 'library hotel'. Adaaaaa ..... hotel tuu ada di New York.

Al-kisah sebuah cabang perpustakaan awam New York yang bertempat di tengah bandar Manhattan dijual kepada Orient Express Hotels dengan harga $59 juta. Oleh kerana bangunan asal merupakan sebuah perpustakaan awam maka ianya digunapakai konsep perpustakaan sebagai imej hotel tersebut. Maka lahirlah 'Library Hotel'.  Ada 60 bilik dan setiap bilik mempunyai koleksi buku-buku yang diklasifikasikan bahannya mengikut subjek. Ada bilik yang mempunyai koleksi tentang mathematik, ada yang pasal perubatan dan lain-lain. Klasifikasi bahan pula menggunakan Dewey Decimal Classification.

Cuba tengok kat link sini  ...library hotel

atau cuba cari di Youtube pasti anda tidak kecewa, sudah pasti ianya di New York City he he he bukan di tempat lain aaaa.

Kalaulah buku kita yang dilupuskan tuu boleh dihantar kat  mana-mana hotel yang nak gunapakai konsep ini tentu menarikkan.  Apa lagi kita boleh pelajari dari konsep Library Hotel...mungkin kita ubah kepada...
  • Library rest-house
  • Library restaurant
  • Library post office
  • Library Bank
  • Library Kopitiam
  • Library home stay
  • Library Feri
  • Library Bas Express
  • Library Keretapi
  • Library Stadium
dan lagi dan lagi...anda mula fikir..dan fikir dan fikir

Jasamu dikenang lagi

Jasamu dikenang lagi nii part gambar ajalaaa. Saya letakkan apa yang terambil oleh kamera saya saja...(sila klik pada gambar untuk besarkan)





Monday, October 18, 2010

Pengurusan Kewangan Keluarga



Adakah mungkin staf yang bermasalah sekarang ini berpunca dari masalah peribadi dalam pengurusan kewangan keluarga? Dulu masa mula masuk kerja semuanya OK. Kenapa sekarang bermasalah ... tidak ada disiplin! Ikut suka hati nak datang kerja atau tidak! Ada kerja lain kat luar ka?

Sebelum masalah begini merebak mungkinkah kita dapat berbuat sesuatu seperti memastikan staf baru atau lama menghadiri kursus pengurusan kewangan keluarga? Ini yang terfikir oleh saya.

Hidup samada di kota atau di desa buat masa ini sama saja rasanya jika kita fikirkan tentang 'kewangan'. Harga barang dan perkhidmatan semakin mahal. Cabaran dengan gaji yang sedikit tetapi barang dan perkhidmatan bertambah banyak dan mengabui mata dan nafsu kita.

Mungkin jangkaan saya salah jika hanya berdasar kepada kursus itu sahaja atau mungkin ada lagi kursus-kursus lain yang saya tidak perasan kepentingannya.

Kalau nak tambah lagi satu sebab yang saya terfikir ni ianya berkaitan dengan ibadah atau amalan-amalan kita sendiri. Rasanya kita kena perbetulkan amalan-amalan yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. agar rezeki yang kita cari itu diberkati oleh Allah. Berkat atau tidak berkat? Boss saya kat sini selalu ingatkan hal itu.

Berikan pandangan anda  tentang kenapa dulu ok sekarang ko!

Sekian .......biar sedikit tapi berkat.

Sunday, October 17, 2010

Cabutan bertuah tuu Amalan Terbaik juga!

Pembentangan Amalan Terbaik Perpustakaan PUiTM 2010 yang dijalankan oleh PTAR baru-baru ini acaranya diselang seli dengan cabutan bertuah. Entry saya kali ini bukanya nak cerita tentang Amalan Terbaik tuu tapi ini pasal cabutan bertuah ... ha ha ha.

Pagi-pagi semasa pendaftaran, urusetiapun bagilah borang untuk cabutan bertuah. Borang orange. Bila dah isi maka masukkanlah ianya ke dalam balang. Dalam hati dok kata hadiah apakah yang aku nak menang nii. Memang ramailah peserta untuk Persembahan Amalan Terbaik kali ini. Maklumlah seluruh negara dijemput.



Atas meja penuh dengan hadiah cabutan bertuah. Banyaknya lebih dari 60 hadiah tuu. Senang aku kira kerana ada nombor besar dilekatkan kat hadiah tersebut. Lepas peserta Amalan terbaik buat persembahan diadakan cabutan bertuah. Bukan sikit nama dipanggil, sekali panggil 10 ke 20 nama tuu.  Lepas satu, satu kawan-kawan naik stage ambil hadiah. Lengoh aku tepuk untuk depa. Majlis kali ini aku rasa sangat bertuah kerana dapat tepuk tangan untuk orang lain yang dapat hadiah cabutan bertuah ini. Satu cabutanpun tak naik nama aku. Untuk tenangkan jiwa marilah kawan-kawan yang seangkatan tak bertuah nii katakan ... bagus juga tak menang nii, takyah laa nak beratkan kereta kita kan dengan hadiah tuu tambah pulak aku nak balik jauh nii, nanti nak singgah Perhentian Sebelah Bukit Gantang manatau nak beli buah-buah kaa... he he he.

Sempat tanya En. Hidayat "banyak hadiah tuu mana dapat?". Dia kata semua tuu staf yang kasi. Beli dan bungkus sendiri. Tuu hadiah yang dibungkus dengan kertas gold tuu siapa yang dapat ianya dari En Hidayat laa. Wow bagusnya staf perpustakaan ini. Kreatif idea. Mudahkan acara. Pemurah dan sentiasa bersama dalam semua peristiwa. Kagumlah saya.



Juruacara majlis Pn Shahidatul Akhmam Rambeli dan En. Mohd Fauzi Badarin (gambar) memang gandingan mantaplah pada majlis ini. Lama dah tak gelak dengan kelakar bersahaja dari mereka. Tahniah lah buat mereka berdua yang menjadikan majlis Amalan Terbaik ini dua kali berjaya. Satu amalan terbaik itu sendiri dan kedua telatah mereka berdua yang kami tak kering gusi.

'Sepetang' movie pendek terbaru terbitan Hani Production memang kelakar. Baguslah penceritaan dan lakonan bersahaja dari PTARian. Kalau dapat kebenaran nanti bolehlah saya download movie tersebut. Tentu ramai nak tonton. Pelakon berbakat yang ada tuu tak lama lagi entah-entah boleh dilihat kat tv apaaa. Kalau keluar youtube pasti ramai peminat.

Akhir kata amalkan amalan-amalan terbaik buat dunia dan akhirat. Semoga kita memperolehi kedua-duanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads