Monday, January 24, 2011

Laman Web Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan Mendekati Pengguna



Laman Web Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan, UiTM Perlis kini sudah boleh dilayari oleh semua pengguna. Laman web yang akan sentiasa dipertingkatkan mutu persembahannya ini diharap akan menjadikan pautan utama para pelajar dan ahli akademik di UiTM Perlis. Maklumat-maklumat terkini akan memudahkan pengguna mengetahui perkembangan sekitar perpustakaan ini. Semoga usaha maya ini akan mengundang kepada aliran kunjungan secara fizikal yang lebih ramai lagi ke perpustakaan.


Sekian. Kiasan Just Read ...masa untuk berubah!.

Sunday, January 23, 2011

Mesranya Perpustakaan


Persediaan sebelum HMP
Hari Mesra Perpustakaan pada 18 dan 19 Januari 2011 telah berjaya dilaksanakan dengan mendapat sambutan yang baik dari pelajar, staf akademik dan bukan akademik. Malahan mendapat pandangan positif dari ahli akademik agar ianya dibuat setiap tahun. Demo Datastream juga mendapat sambutan diluar dugaan. Pihak pengurusan perpustakaan mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang menyokong dan membantu menjayakan Hari Mesra Perpustakaan ini.
Belon perasmian terbang tinggi
Pertandingan menyusun buku
Kira bilangan buku.. agak-agak berapa ya?

Penerangan Pengkatalogan
Penerangan Jurnal
Penerangan Penjilidan




Tokei Belon

Cari jawapan silangkata
Hero-hero Sirkulasi ..jual gula-gula ka!

Penerangan Perkhidmatan Maklumat
Cerita pasal nombor  kelaspun ada kelas ooo



Live telecast
Main-main-main sebelum pii kelas



Cenderamata

Cepat masa ada lagi untuk meneka
Cuba lihat hadiah apa yang anda dapat


Videoman pulak bila dah penat jadi penjilid

Pandangan dari atas
Ada hadiah sudah tentu ada pemenangnya

Macam-macam cara tarik pelanggan

Relax Kak Zae..penat layan pengunjung
Pemenang Booth paling ramai pengunjung

Tak sia-sia buat praktikal kat library nii... macam-macam belajar


Live dari Sydney demo Datastream

Jualan buku yang rancak
Test live menjadi jugak
Mr Aizat dengan pemenang kuiz
Blazer baru nampak

Sekian. Kiasan Just Read ...belajar melalui pengalaman.

Friday, January 21, 2011

Selamat Bersara Ketua Perpustakaan UiTM Perlis

Jasamu tetap dikenang. Puan Fatimah Md Arshad adalah Ketua Perpustakaan UiTM Perlis ...bersara pada 24 Januari 2011. Mengabadikan diri untuk anak bangsa di UiTM selama 34 tahun sudah tentu menjadi sesuatu yang sedih dan menyakitkan untuk meninggalkan tempat yang memberi seribu kenangan manis ini. Semoga persaraan ini hanya mengubah tempat untuk beliau meneruskan khidmat bakti kepada anak bangsa. Kami semua akan merindui jasabaktimu. Selamat bersara.


Oh Fatimah Gadis Ayu
Pesanan dan amanat dari KP

Sekian. Kiasan Just Read ...yang baik selalu dikenang orang.


Saturday, January 15, 2011

Open Access in Physics, Mathematics, Computer Science...


arXiv.org is an open access to 652,062 e-prints in Physics, Mathematics, Computer Science, Quantitative Biology, Quantitative Finance and Statistics. arXiv is owned and operated by Cornell University, a private not-for-profit educational institution. arXiv is funded by Cornell University Library and by supporting user institutions. The National Science Foundation funds research and development by Cornell Information Science.


Sekian. Kiasan Just Read ...terbuka dengan konsep baru.

Most Comprehensive Archive in Malaysia


Itulah kata-kata yang tertera dalam website NiB: News Image Bank. NiB ini adalah hakcipta The New Straits Times Press. Saya cuba mendapatkan gambar-gambar lama dari NiB ini dan ternyata memang banyak terdapat dalam koleksinya. Surat khabar yang dinyatakan dalam NiB ini adalah dari New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Pembaca boleh membuat carian dari koleksi Gambar, Mukasurat akhbar dan juga dari teks. Yang pasti ialah apa yang ingin dimiliki perlu dibayar. Maksud saya jika gambar atau artikel yang kita nampak itu memang kita kehendaki maka kita kenalah mendaftar dengan The New Straits Times Press ini dan bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan. Lain-lain maklumat, pembaca bolehlah memperolehinya sendiri dari website NiB ini.

Sekian. Kiasan Just Read ...bayar bila perlu.

Tuesday, January 11, 2011

Hari Mesra Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan UiTM Perlis





Sekian. Kiasan Just Read ...layan.

Menangkap Awan di Puncak Alam


Dari tingkat yang menempatkan Perpustakaan UiTM di Puncak Alam saya menghalakan kamera dan menangkap awan-awan yang berada disekelilingnya. Indahnya Puncak Alam. 




Sekian. Kiasan Just Read ...berani berubah.

Monday, January 10, 2011

Tikus kalau diajarpun berguna
















Itu yang saya pelajari bila mendengar bagaimana Bart Weetjens memberi persembahannya dalam TED Ideas Worth Spreading. Dengan tajuk How I taught rats to sniff out land mines pembaca tentu sudah dapat merasakan betapa bahayanya tugas ini ...menghidu periok api! Sila layari video dari TED ini dan anda akan pelajari banyak perkara yang lainnya. Persembahan dari penceramah TED adalah dari pelbagai bidang Teknologi, Entertainment dan juga Sains.

Sekian. Kiasan Just Read ...kalau ada idea biarlah semua orang tahu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads