Tuesday, November 30, 2010

Pertama kali di Perlis

Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-73 di UiTM Perlis mendapat tempat di Edisi Utara Utusan Malaysia pada hari ini 30 November 2010. Dengan tajuk "1038 graduan terima ijazah, diploma" ianya mengambil setengah muka surat menceritakan tentang Konvo ini.

Melalui Utusan Online pembaca boleh melayarinya di sini: Utusan Malaysia Online - Utara

Sekian. Kiasan Just Read ...berkesempatan bertemu Tan Sri Pro Canselor.


Thursday, November 25, 2010

Mencegah plagiarisma melalui software.

Sumber image: turnitin.com/static/
Saya melihat tajuk-tajuk yang terdapat pada Online Information and Education Conference 2010 di Bangkok, Thailand yang di'forward'kan oleh Pn Roslina kepada saya dan tertarik untuk share dengan orang lain tentang tajuk 'The Integrity of Research' yang dibentangkan oleh Dr. John M Barrie dari iParadigms.

Apa yang diciptakan oleh syarikat iParadigms, LLC sangat menarik dalam membendung plagiarisma dikalangan penyelidik. Saya serah kepada pembaca untuk melihat penerangannya di Wikipedia atau boleh terus ke laman webnya Trinitin.

Sekian. Kiasan Just Read ...kagum dengan kerjasama syarikat pembekal maklumat.


Yang penting Kerjasama!

Apakah yang penting bila sesuatu acara itu semakin hampir? Ya Kerjasama! Anak kecil pun pandai menyebutnya. Tapi kita sendiri kena mempraktiskannya. Di mana nak praktis? Di semua tempat yang memerlukannya. Kerjasama itu tidak semestinya semua orang tahu apa yang kita sumbangkan. Di belakang tabir usaha kita bergerak menuju matlamat. Gambar di bawah menceritakan semuanya. Kepuasan kita adalah pada setiap kemajuan yang bergerak seiring dengan matlamat acara. 


...yang pudar digilapkan




...yang unik diindahkan
...jauh pandangan
...tekun memahami
...sabar mempelajari


...mendengar dengan teliti


...bukan semua pandang atas...
ada yang kena pandang bawah





















Sekian. Kiasan Just Read ...semoga Allah restui usaha kita.

Tuesday, November 23, 2010

Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA Ke-73

Sumber imej: UiTM homepage
Minggu-minggu yang penuh bermakna bagi graduan UiTM telah tiba. Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA Ke-73 pada kali ini agak istimewa kerana ianya akan melibatkan empat kampus lain selain dari Kampus Shah Alam.

Kampus Shah Alam akan memulakan Sidang Konvokesyen pada 25 Nov 2010 (khamis) dan ianya akan berlangsung selama 12 hari. Sementara Kampus Perlis bermula 29 Nov hingga 1 Dis 2010. Kampus Perak selama satu hari iaitu 27 Nov 2010. Kampus Terengganu diadakan pada 2 hingga 4 Dis 2010. Akhir sekali Kampus Sarawak pada 5 dan 6 Dis 2010.

Dijangkakan lebih dari 21,000 graduan bakal menerima diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah masing-masing.

Sekian. Kiasan Just Read ucapkan tahniah kepada graduan dan tahniah juga kepada ibu-bapa/penjaga.

Apakah yang memotivasikan pekerja?

Apa yang memotivasikan mereka?
Saya membelek-belek Harvard Business Review Jan-Feb 2010 dan menjumpai artikel ini "What really motivates workers". Saya ambil sedikit saja isinya sebagai kefahaman saya dan yang lain pembaca boleh baca sendiri. Satu kajian terhadap pengurus-pengurus telah dibuat bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap apa yang boleh memotivasikan pekerja. Rata-rata pengurus-pengurus ini berpendapat bahawa 'Pengiktirafan atas kerja yang baik' merupakan pilihan yang paling utama. Sudah tentulah pengiktirafan ini mereka yang buat atau berikan kepada staf.

Sebaliknya dari dari kajian yang dibuat terhadap pekerja mahir ianya mendapati pendapat pengurus ini langsung tidak betul. Menurut kajian ini faktor yang paling utama yang telah memotivasikan pekerja ini adalah "Kemajuan yang mereka capai terhadap tugas yang dibuat pada hari tersebut". Itu yang menyeronokkan mereka dan ia teruja sebagai suatu motivasi untuk terus berjaya dalam tugasan yang dibuat pada esoknya.

Maka setiap hari ianya mungkin berbeza tahap kemajuan mereka. Ini bermakna kesoronokan juga mungkin berbeza.

Keputusan kajian ini telah dapat membantu pihak pengurusan memahami keadaan sebenar yang meningkatkan motivasi staf mereka. Pengurusan hendaklah menyediakan keperluan, memberi ransangan, menyokong usaha dan menentukan matlamat kejayaan tugasan. Seronok membaca artikel ini bila keputusannya berlainan dari apa yang selalu kita fikirkan. Maka jika inilah kata kunci motivasi maka ianya terletak pada diri sendiri rupanya. Ada banyak lagi rangsangan motivasi yang diketengahkan dalam artikel ini.

Kejayaan yang dicapai hendaklah diraikan. Tapi bukan bermakna setiap hari hendak diraikan. Teringat HEA meraikan kejayaan perlaksanaan peperiksaan akhir walaupun banjir melanda. Ini contoh yang baik kerana mereka berjaya melalui cabaran banjir ini terhadap peperiksaan akhir dengan pelbagai tindakan penyelesaian setiap hari dengan berkesan.

Ada banyak lagi sebab bagaimana pekerja dimotivasikan atau termotivasi tetapi kajian di atas tidak semestinya betul pada semua jenis kerja. Anda mungkin setuju dan mungkin tidak setuju. Itu saya serah pada pembaca sekelian untuk membuat komen.

Anda boleh membaca sebahagian artikel tersebut secara online di HBR ini atau boleh dapatkan secara hardcopy di perpustakaan.

Sekian. Kiasan Just Read one article in Harvard Business Review.

Sunday, November 21, 2010

Program Korban UiTM Perlis - 9: Agihan Untuk Hadirin

Selesai agihan daging korban untuk ibu tunggal dan wakil kawasan maka dipanggil orang ramai yang ada di kawasan Program Korban UiTM Perlis yang layak untuk menerima daging korban dari Pengarah UiTM Perlis. Memang ramai yang hadir dan sudah tentu ada yang dapat dan ada yang tidak. Walau bagaimanapun kenduri yang dibuat cukup untuk semua hadirin menikmatinya. Ada siap boleh tapau lagi tuu. 
Klik pada gambar untuk besarkannya.




 Sekian. Kiasan Just Read ...melawak dengan setiausaha akhbar MB ..tahun depan sumbang lebih sikit!


[Nota: Program Korban UiTM Perlis diadakan pada 19 Nov 2010 - Jumaat ]

Program Korban UiTM Perlis - 8: Agihan Daging Korban

Agihan daging korban mula diberi kepada ibu-ibu tunggal dan juga diberi kepada wakil-wakil kawasan yang dipilih untuk diedarkan kepada fakir miskin dalam kawasan mereka. Program Korban UiTM Perlis ini berjalan lancar dengan serahan daging korban ini dibuat oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Md Isa Sabu Menteri Besar Perlis.

Klik pada gambar untuk besarkannya.









Sekian. Kiasan Just Read ...walaupun sedikit tetap merasa.

[Nota: Program Korban UiTM Perlis diadakan pada 19 Nov 2010 - Jumaat ]

Program Korban UiTM Perlis - 7: Assalamualaikum YB

Menteri Besar Perlis hadir sama dalam Program Korban UiTM Perlis ini. Dapatlah Y.A.B. Dato' Seri Dr. Md Isa Sabu berjumpa dengan rakyat dalam kampus ini selepas sibuk dengan urusan kerajaan berkaitan banjir baru-baru ini.

Program ini juga Kerajaan Perlis ada menyumbangkan seekor lembu untuk dikorbankan bagi diberi kepada fakir miskin.






Dato' Seri mengacau rendang tok sebelum lauknya masuk ke mangkuk untuk hidangan para hadirin.



Sekian. Kiasan Just Read ...yang muda di sayangi dan yang tua di hormati  ...itu lah adat hidup masyarakat Melayu.

[Nota: Program Korban UiTM Perlis diadakan pada 19 Nov 2010 - Jumaat ]

Program Korban UiTM Perlis - 6: Satu pertiga

Bagi mereka yang menyertai program korban kali ini ada yang mengambil satu per tiga bahagian daging dan ianya diberi awal sedikit kepada peserta. Ramai juga yang menyerahkan semua bahagian mereka untuk diberi kepada fakir miskin serta untuk dibuat kenduri pada program ini. Diharap pada tahun hadapan lebih ramai yang akan menyertainya. Gambar-gambar ini adalah sebahagian dari peserta sahaja.

Klik pada gambar untuk besarkannya.





Sekian. Kiasan Just Read ...jom sertainya tahun hadapan.

[Nota: Program Korban UiTM Perlis diadakan pada 19 Nov 2010 - Jumaat ]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads