Woodball "Anybody Can Play"
Pagi Ahad 24 April semua pemain woodball yang mewakili rumah sukan masing-masing turun ke gelanggang seawal jam 8 pagi bagi memulakan kejohanan ini. Gelanggang 24 gate ini merupakan gelanggang yang diiktiraf sebagai standard antarabangsa. Kejohanan 7th Asian Cup woodball Championship 2011 dan juga 15th Malaysian Woodball International Open Championship 2011 akan diadakan di gelanggang ini pada 19-25 Julai 2011.
Pembaca dapat saksikan suasana pemain memukul bola mengatasi cabaran padang yang tidak rata dan mempunyai pelbagai rintangan seperti pokok, kolam dan juga kecerunan yang melampau. Apapun woodball adalah permainan "Anybody Can Play"! Lagi rendah mata yang dikumpul lagi baik kedudukan anda, macam golf ianya juga ada tahap "Par". Bagi 24 gate lebih kurang 2 jam untuk menghabiskannya. Pasti berpeluh dengan berjalan dalam gelanggang ini melebihi 1 kilometer secara tidak sedar.
Sekian. Kiasan Just Read ...bersukan ikut tahap umur dan kemampuan.
Comments