Pohon Kurma dan Burung Merbah
Agak lama saya tidak update blog ini. Kesibukan tugas yang menutup sedikit ruang untuk berkarya. Bekas ketua dah pernah memperingatkan saya dahulu lagi tentang kesibukan ini pasti merencatkan penulisan di blog ini.
Pagi ini ketika saya memantau bangunan perpustakaan saya mendapati terdapat suatu keistimewaan yang jarang dapat diperolehi di mana-mana. Staf saya memaklumkan bahawa burung merbah telah membuat sarang di pohon kurma dalam perpustakaan. Walaupun ia sebenarnya hanyalah pohon kurma plastik tetapi burung merbah lebih tahu kenapa ia memilih pohon tersebut. Ianya pada masa ini sedang mengeram dua biji telor. Sebelum ini terdapat dua ekor anaknya yang menetas dari sarang yang sama. Biarpun pelajar lalu lalang disebelahnya, ia tetap melaksanakan tugasnya sehingga telurnya menetas.
Walaupun sekadar hiasan, rupanya pohon kurma plastik memberi lebih dari itu. Memberi sesuatu melebihi tahap dikehendaki pengguna yang tidak dijangka itu namanya Cemerlang!

Sekian. Kiasan Just Read ...buatlah sesuatu amalan untuk kebaikan semua makhluk..
Comments