Malam Kilauan Cahaya - Istana Arau

Program Malam Kilauan Cahaya di Istana Arau Perlis dilaksanakan pada 23 dan 24 Mei 2014 adalah penganjuran untuk tahun keempat  bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat keindahan Istana Arau, Perlis yang dilimpahi dengan lampu-lampu hiasan selain mereka turut disajikan dengan pelbagai hiburan pentas. Pada dua malam tersebut UiTM Perlis diberi penghormatan untuk membuat persembahan. Galeri Di Raja turut dibuka dan pertunjukan bunga api oleh Polis DiRaja Malaysia mengakhiri persembahan pada setiap malam.

 

 







Persediaan Program



Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kangar, Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perlis, UiTM Perlis dan Pejabat Istana Arau serta Galeri di Raja Perlis kerana bersama-sama menjayakan program ini. Pihak UniMAP menganjurkan program yang sama pada 30 dan 31 Mei 2014.


Comments

Popular Posts