Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 76

Istiadat Konvokesyen UiTM ke 76 di UiTM Perlis pada 15 dan 16 Mei 2012 telah berjalan dengan lancar. Berkat kerjasama semua pihak ianya selesai dengan baik dan elok sekali. Ramai graduan yang hadir untuk menerima ijazah dan diploma masing-masing.

YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad Pro Canselor UiTM menganugerahkan diploma dan ijazah kepada graduan pada kali ini.

Sidang pertama dan ke tiga bermula pada jam 10:00 pagi sementara sidang ke dua jam 3:00 petang. Ramai ibu bapa yang dapat melihat anak-anak mereka menerima ijazah dan diploma masing-masing samada dengan berada di dalam atau di luar dewan. Pihak UiTM menyediakan khemah yang dilengkapi dengan 4 buah tv untuk siaran langsung dari dalam dewan.

Dewan dihias indah, biarpun dewannya kecil tetapi persiapannya rapi, penyusanan kerusi meja, pencahayaan, siaraya, video dan multimedia, persembahan gamelan, perarakan, makanan, keselamatan, fotografi, gerai, kebersihan, protokol, penyediaan graduan dan sambutan tetamu adalah cemerlang.

Seramai 30 orang graduan mendapat Anugerah Naib Canselor. Mereka ini diberi penghormatan untuk diambil gambar bersama dengan Pro Canselor dan pengurusan utama UiTM Perlis selepas sahaja istiadat selesai. Semuanya cerita gembira buat graduan dan ibu bapa untuk hari ini.

Terima kasih semua. Jumpa lagi di Konvokesyen UiTM ke 77.

Comments

Popular Posts