Eco Design Space U8

Terletak berhampiran TTDI Jaya dan TUDM Subang terdapat mall baru iaitu Space U8. Space U8 Eco Mall itulah yang tertulis dalam poster terdapat dalam mall ini. Suhu 24 darjah yang dihasilkan dari kipas besar dan juga air pancut yang tinggi. Sementara ruang ventilation mengalirkan udara luar masuk dan keluar secara semulajadi. Airterjun dari atas tingkat 3 melalui dinding kaca pula menambahkan lagi dinginnya ruang yang luas ini. Inilah rekaan terbaru yang menggunakan kurang tenaga elektrik untuk menyejukkan udara dalam mall.

Tapak bangunan ini ditanam dengan tayar lama bercampur konkrit. Tujuannya untuk penyejukan bangunan. Penggunaan cahaya semula jadi melalui cermin yang tidak menyerap haba hasil pancaran matahari dari bumbung dan juga air hujan dialirkan ke dalam tangki khas untuk tujuan penyiraman  tanaman di sekeliling bangunan yang luas ini, semua ini betul-betul eco.

Untuk ruang yang besar perlu skala besar, lebar dan tinggi bagi rekaan dalam menampung kapasiti udara yang banyak. Bayangkan berapa banyak tenaga elektrik yang diperlukan jika menggunakan penghawa dingin dan cahaya lampu untuk ruang luas ini di waktu siang mahupun di waktu malam..

Apa kaitannya dengan blog library? Emm sudah hampir 6 bulan library tiada penghawa dingin disebabkan kerosakan major. Tunggu tukar baru. Masa depan rekaan library perlu eco jugalah. Kalau tak banyak sedikitpun pun tidak mengapa.

Comments

Popular Posts