Saturday, April 14, 2012

Gua Kelam ke 2 Perlis menanti anda

Perjalanan ke dalam Gua Kelam ke 2 ini memerlukan Ranger. Gua Kelam 1 di tutup disebabkan banjir besar. Mengambil kesempatan bercuti bawa keluarga dan saudara ke sini pula.

Berdindingkan kristal

Laluan disediakan dan lampu juga dipasang pada masa lawatan.

Kayu yang tergantung adalah kayu yang digunakan untuk pelombong turun dari puncak bukit ke dalam gua yang banyak bijih dan kristal.

Bawahnya  yang rata. Kami dari laluan belakang yang gelap gelita.


Terdapat lubang-lubang yang dalam dan merbahaya dan memerlukan pengawasan keselamatan yang tinggi semasa lawatan.

Guanya tinggi hingga sukar melihat bumbungnya. Sunyi, sepi, sejuk, gelap, masuk sendiri baru tahu. Cukuplah sekali masuk.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads