KAUNSELING VS PSIKOTERAPI DAN PSIKIATRI

KAUNSELING VS PSIKOTERAPI DAN PSIKIATRI

oleh 
Rosni Abdullah

Mukadimmah
Sebagai Kaunselor saya pernah ditanya samada Kaunselor boleh menyelesaikan masalah seseorang yang mempunyai masalah psikologi serius kategori sakit mental. Sebagai orang biasa (layman), anda juga mungkin juga mempunyai soalan yang sama dan tertanya-tanya adakah kaunseling, psikoterapi dan psikiatri itu sama, jika tidak, apa perbezaannya? Jika anda mempunyai masalah kesihatan mental, siapakah anda akan bertemu untuk mendapatkan rawatan/penyelesaian masalah?


 Bagi menjawab persoalan tersebut, mari kita tengok definisi setiap istilah tersebut

KAUNSELING

Istilah kaunseling kadang-kadang mungkin mengelirukan umum. Ada yang memahami kaunseling sebagai nasihat, tunjuk ajar, ‘consoling’, atau lebih teruk ‘brain-washing’ mereka yang bermasalah sikap atau disiplin,

Berikut adalah beberapa penerangan/definisi kaunseling:

  •      Satu proses memberi bantuan di antara seorang kaunselor dan klien untuk meneroka aspek diri klien yang menjadi masalah kepadanya
  •     Satu proses untuk membantu klien melihat kepada  perasaan atau/dan, pemikiran, tingkahlaku dengan lebih jelas dari perspektif yang berbeza 
  •     Satu perhubungan yang berteraskan kejujuran dan kepercayaan beretikakan kepada kerahsiaan untuk membantu klien menyelesaiakan masalah


Justeru, kaunseling BUKAN:

  •    Memberi nasihat.
  •       Menilai/menghakimi
  •       Cubaan untuk menyisih/mengetepikan masalah klien
  •     Mengharapkan/menggalakkan klien untuk bertingkahlaku seperti kaunselor apabila berdepan dengan masalah yang serupa
  •       Melibatkan perasaan (emotionaly involved) dengan klien
  •     Melihat kepada masalah klien dari perspektif sendiri dan menggunakan sistem nilai sendiri (‘kalau saya jadi awak’)
  •       Pendekatan untuk mereka yang mempunyai masalah mental


Kaunselor menggunakan kaedah/pendekatan berasaskan teori tertentu mengikut kesesuaian masalah/isu yang dihadapi oleh klien.

PSIKOTERAPI

Psikoterapi  ialah rawatan terapeutik kepada penyakit mental yang diberikan oleh seorang professional seperti Psikologis/Ahli Psikologi Klinikal yang mendapat latihan di dalam aspek kesihatan mental.  Psikoterapi meneroka pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang dan berusaha untuk memperbaiki/meningkatkan kesejahteraannya.  Psikoterapi digandingkan dengan ubat-ubatan adalah cara yang paling mujarab untuk penyembuhan. Contoh-contoh psikoterapi ialah: Terapi Kognitif Tingkah laku, Terapi pendedahan, Terapi Tingkah Laku Dialektik, dll.

PSIKIATRI

Psikitri adalah satu bidang perubatan yang menumpukan kepada pendidikan/pembelajaran, diagnosis, rawatan dan pencegahan kecelaruan mental. Kecelaruan mental selalunya didiagnos/kesan mengikut kriteria yang disenaraikan di dalam manual diagnostik seperti ‘Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders’ (DSM), yang dikeluarkan oleh Persatuan Psikiatrik Amerika dan Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD)

Psikiatris adalah doktor medikal/perubatan  (MDs) yang mendapat pendidikan dan latihan dari sekolah/fakulti perubatan dengan melalui satu tahun internship serta mempunyai 3 tahun residensi/penempatan di dalam penilaian dan rawatan kecelaruan mental. Seseorang psikiatris boleh membuat presripsi ubat, seseorang ahli psikoterapis/psikologis tidak boleh.

Kedua-dua Psikoterapis dan Psikiatris menggunakan kaedah psikoterapi untuk merawat tetapi pendekatan yang digunakan adalah berbeza. Psikoterapi melihat lebih kepada aspek tingkahlaku serta punca tingkahlaku tersebut. Psikiatris lebih menumpukan kepada aspek Biologi dan Kimia Saraf (Neurochemistry)

Kecelaruan mental ialah keadaan di mana berlakunya kacau-bilau kepada personaliti, minda dan emosi yang menyebabkan berlakunya gangguan yang serius/teruk kepada fungsi psikologi dan sosial seseorang. Individu-individu yang didiagnosa mempunyai kecelaruan mental biasanya tidak dapat berfungsi di dalam masyarakat. Contoh-contoh kecelaruan mental ialah seperti, psikosis (Skizofrenia, psikosis manik depresif) dan neurosis (fobia keterlaluan, paranoid, kemurungan, obsesif-kompulsif) dan kecelaruan dwi-polar (bipolar disorder)

Jadi berdasarkan penerangan ringkas di atas, diharapkan tuan/puan dapat mendapatkan perkhidmatan dari pakar-pakar yang bersesuaian untuk menyelesaikan/merawat masalah/penyakit tuan/puan.


PS: Untuk info lanjut, tuan/puan boleh layari

Rujukan:
epsikologi.mod.gov.my

 RA

30/10/2015

Comments