Khemah Banjir

Bukan semua orang berpindah ke sekolah bila banjir. Ada yang buat khemah atas jalan depan rumah. Sebelah lorong kereta sebelah lagi khemah tempat tidur mereka. Di situlah tempat masak dan tempat makan. Di situlah tempat tidur mereka. Boleh bayangkan nyamuk dan sejuk malam tanpa dinding empat penjuru. Berapa malam lagi nak begini?



Dekat highway pun ada juga. Satu tepi highway dan dua di bawah jejantas. Bawah jejantas tu mungkin juga untuk yang berkawal malam. Tetapi yang sebuah lagi tu macam banyak keluarga. Itu yang sempat saya rakam. Mungkin lain tempat lain cara menghadapinya. Maklumat begini baik untuk masa depan. Sebagai input untuk perubahan persiapan menghadapi banjir. Khemah yang lebih baik perlu disediakan seperti yang kita tengok di luar negara. 

Bila lagi air nak surut, dapat kami berteduh di rumah sendiri. 
Pandangan dari Lebuhraya Kuala Perlis - Changlun


Pandangan dari Lebuhraya Kuala Perlis - Changlun


Berapa keluarga dalam khemah ini?
Pandangan dari Lebuhraya Kuala Perlis - Changlun


Sekian. Kiasan Just Read melihat dan merasai adalah dua perkara berbeza!

Comments

Anonymous said…
staf saya cakap dia dan keluarga juga tidur macam tuu, atas jalan dalam taman. Rumah satu tingkat masuk air.

Popular Posts