Hujan hujan hujan

Dari pagi semalam hujan belum berhenti lagi ni.  Masa datang office dari highway dah nampak ada rumah yang telah dimasuki air. Jalan keretapi  turut tenggelam. Tak adalah Express Sinaran Pagi. Ingatkan buat short cut... lalu ikut highway cepat sampai.....jam laa pulak ...buka radio ...DJ kata ada dua tiga kampung dah tenggelam.

Hari khamis lepas berlaku ribut dekat Arau ...dan di sambung dengan hujan hingga hari ini. Kalau  dibuka pintu Ampangan Timah Tasoh semuanya ....7 pintu ....mahu tenggelam Kangar.

Dalam kampus persediaan peperiksaan waktu bencana tetap diambil perhatian. Untuk pelajar yang nak periksa dan staf yang bertugas telah disediakan kaedah menghadapi saat begini. Asrama untuk pelajar yang tinggal di luar dan rumah tetamu untuk staf telah dimaklumkan. Baguslah pengurusan yang alert begini.

Cuma bila masuk library kena hati-hati kerana lantai licin. Letakkan payung di tempat yang disediakan.




Tempat letak payung ini boleh pelbagai cara. Gantung boleh, letak dalam pasu pun boleh. Reka tempat payung sendiripun bagus.. buat kotak empat segi dan buat penutup yang berlubang sesuai untuk masukkan payung.

Kalau kat hotel ada disediakan pinjaman payung untuk guest.  Kita tak nak buat macam tuu?

Kalau waktu hujan begini tukang cuci kena kerja keras lah ...sikit ...mop apa yang patut dan lebih kerap laa pulak. Tuu lah kita kena tengok semua agar tempat selamat dan mesra pengguna.

Sekian. Kiasan Just Read ..care for u. ....staf datang minta balik ...rumah dimasuki air!!! and...care for all.

Comments

Syafrizal said…
opocot.. terjatuh pulak
dah buat breakdance kat situ...
Acik Yati said…
Salam En Rashid. Kalau hujan ni memang saya teringat sangat waktu banjir tahun 2004 di Perlis. Waktu tu traffic light Rani Estate tu takat pinggang airnya dan meriahnya tak terkata. UiTM Perlis jadi pulau...nak jadi cerita waktu itu student baru pulak registration day, jadi depa terpaksa turun di flyover Guar Sanji dan naik lori/traktor untuk sampai UiTM...Seronok tu... Kalau ada gambar nanti saya hantar kat En. Rashid. . .

Popular Posts