Thursday, October 04, 2012

The World University Rankings

Time Higher Education World University Rankings telah mengeluarkan keputusan untuk ranking universiti di dunia untuk tahun 2011-2012. Sudah tentu ramai yang mencari-cari  universiti di Malaysia samada berada di antara 400 universiti yang top di dunia atau tidak. Sayangnya tidak ada. Paling atas bagi negara Asia adalah Jepun (University of Tokyo ) diikuti Singapura (National University of Singapore), Hongkong (University of Hong Kong), China (Peking University), Korea Selatan (Pohang University of Science and Technology). Sementara itu Seoul National University yang saya cerita dalam artikel Gangnam Style berada ditangga ke 8 di Asia dan tangga ke 59 di dunia.

Di dunia paling top adalah 1. California Institute of Technology (United States),  2. University of Oxford (United Kingdom), 3. Stanford University  (United States), 4. Harvard University (United Kingdom). Lain-lain pembaca boleh lihat di website Time Higher sendiri.

Rangking Universiti di Malaysia (M) dan di dunia (W) yang diperolehi dari facebook Dato Sahol adalah seperti di bawah ini.

(M1: W428) Universiti Putra Malaysia (UPM)
(M2: W437)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
(M3: W464)Universiti Sains Malaysia (USM)
(M4: W523) Universiti Kebangsaan malaysia (UKM)
(M5: W596) Universiti Malaya (UM)
(M6: W626) Universiti Teknologi MARA (UiTM)
(M7: W891) Multimedia University (MMU)
(M8: W1222) Universiti Malaysia Sabah  (UMS)
(M9: W1341) Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
(M10: W1411) International Islamic University of Malaysia (UIA)

Kalau kita duduk saja kita akan ditinggalkan oleh universiti lain di dunia. Kita perlu sentiasa bergerak kerana universiti lain juga akan terus bergerak. Untuk lebih baik kita bergerak bersama-sama.

Sumber : http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/ dan
http://www.facebook.com/DatoSahol



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads