Gangnam Style

Lagu “Oppa Gangnam
Style” menarik perhatian saya kerana ianya telah di like lebih 3.2 juta di Youtube.
Bukan sahaja ianya popular di Korea, Amerika Syarikat, Perancis malah boleh
dikatakan seluruh dunia. Ianya menjadi popular dengan cepat bila dimuatkan ke Youtube. Penyanyinya adalah seorang rapper
dari Korea Selatan lebih dikenali sebagai rapper
PSY. Lagunya popular kerana rentak dan tariannya lebih kepada generasi
baru. Rentaknya dikatakan boleh menjadi pendendarnya ketagih untuk mendengar
lagi dan lagi. Tariannya menjadi ikutan yang bila dilakukan beramai-ramai pasti
akan menimbulkan rasa kelakar dan menarik.
Gangnam adalah sebuah daerah dari 26 daerah yang membentuk Seoul
Korea. Populasinya melebihi 527 ribu orang. Ianya bandar yang sangat membangun
dan penduduknya mempunyai nilai gaya hidup yang tinggi. Nilai tanah dan
perumahannya sangat mahal. Gangnam adalah Kota Pendidikan Kebangsaan di Korea
dan ini menjadikannya salah satu tempat
menarik kepada pelancung. Mengikut statistik, 22.7 dari 1000 pelajar dari sini
akan belajar ke luar negara. Universiti terbaik di Gangnam adalah Seoul National University. Ianya berada
pada kedudukan ke 13 di Asia dan ke 124 di dunia yang di nilai oleh Time Higher Education World University Ranking
pada tahun 2011. Pada tahun 2010 seramai 6% pelajar cemerlang dari Seoul
National University datang dari daerah Gangnam. Perpustakaan Seoul National University pula mempunyai lebih kurang 4 juta naskah buku dan pelbagai bahan lain. Ianya
sebuah perpustakaan yang tua kerana telah wujud sejak 1946 lagi.
Begitulah nilai sebuah lagu yang begitu tinggi hinggakan boleh
mempromosikan satu daerah dan meletakkanya di peta dunia. Kalau bukan kerana
lagu ini, siapalah kita yang nak google daerah ini. Nama lagu ini saya percaya
memberi sedikit sebanyak kesan nanti pada nama-nama sedia ada dari segi nilai
komunikasi pemasaran. Rebranding product
sangat perlu bagi membuatkan manusia google tempat tersebut. Contohnya kalau
dulu Mempelam Sala; kini dipanggil Perlis
Sunshine, mungkinkah akan ada yang nak google cari Perlis? Harum Manis jadi
apa pulak? Bukankah ianya sudah sampai ke Jepun?
Teringat lagu Bangawan Solo yang dinyanyikan semasa di
sekolah menengah dahulu, lenyap sudah lagu itu.
Maklumat diperolehi dari http://en.wikipedia.org/wiki/Gangnam_Style
dan http://en.wikipedia.org/wiki/Seoul_National_University#Library
serta http://en.wikipedia.org/wiki/Gangnam_District
Comments