Penjanaan Pendapatan - Hasil Ladang


Penjanaan pendapatan merupakan salah satu perkara yang dititik beratkan dalam perlaksanaan kampus autonomi. Ada beberapa kaedah yang boleh dibuat untuk menjana pendapatan ini dan salah satunya adalah melalui kutipan hasil ladang.  Saya ingin berkongsi pengalaman tentang buluh madu yang saudara saya beli dari ladang universiti. Beberapa tahun lepas saudara saya telah memesan anak buluh madu dari ladang universiti. Pekerja Unit Ladang memaklumkan ianya mengambil masa sebelum semaian ini diserahkan kepada pembeli. Ini kerana semaian buluh madu hanya akan dijual apabila ianya betul-betul hidup. Waktu menyemainya juga perlu diketahui kerana di negeri Perlis cuacanya panas dan ianya boleh membunuh semaian ini. Benih buluh boleh tahan lama sebelum mati kerana bekalan air dalam buluh boleh membantu ia hidup. Bila air sudah kering dari dalam buluh maka baru kita tahu yang semaian itu gagal.

 Selepas dua bulan apabila anak buluh madu ini sedia untuk dijual mereka maklumkan kepada saya. Semua beg semaian mempunyai rebung buluh madu yang menandakan pokok buluh tersebut berjaya disemai dengan baik. Perkara yang bagusnya semasa mengambil benih ini ialah sesi penerangan tentang buluh madu. Ianya tidak dirancangpun tetapi atas sifat ingin tahu saya dan saudara-saudara saya banyak bertanya tentang tanaman ini. Kami bertanyakan tentang jarak tanaman, bilangan pokok yang baik dalam satu rimbunan, ketinggian pokok, kaedah mencantas dan bagaimana hendak memproses rebung. Banyak ilmu yang kami pelajari dari pegawai tersebut. Saudara saya kata kalau tidak diberitahu, tentu dia akan makan rebung macam gajah makan. Ya lah manakan tidak, dia ingat rebung itu boleh dimakan semuanya sekali rupanya hendaklah dipotong ruas yang lembut dan buang yang keras. Ketawa kami bila mengingatkan tentang lawatan ke ladang buluh madu semasa mengambil benih tersebut.

Gambar di atas adalah pokok-pokok buluh madu yang dibawa balik dan telah ditanam sebagai senitaman untuk mencantikkan cafe yang telah lama dirancang. Ianya juga bertujuan untuk menghalang habuk dan kebisingan dari kenderaan di hadapan cafe nanti. Itu gambar tahun 2009. Gambar sekarang ada di bawah ini. Baca tentang tempat ini di LA Tea Garden  kerana rimbunan buluh yang anda lihat adalah hasil benih dari Ladang UiTM Perlis. Ramai tetamu yang bertanya tentang pokok buluh madu ini. Lambaian pucuknya mengamit pelanggan cafe. Promosikan hasil ladang mungkin itu jawapan kepada pertanyaan bagaimana ladang boleh melipat gandakan hasilnya.

Lain-lain gambar boleh dilihat dalam The Making of LA Tea Garden - Makeover Rumah Kampung.



Terima kasih staf ladang kerana memperkenalkan saya buluh madu.

Comments

Popular Posts