Sekali sekala masak


Sekali sekala boring nak makan nasi lemak, roti canai, capati atau kueh pagi-pagi Ahad ni. Jadi ambil sahaja telur 2 biji dan potong apa yang patut untuk sarapan pagi. Tentu isteri seronok bila suami yang buatkan sarapan. Sarapan rekacipta sendiri. Harap-harap sedaplah, kalau tidakpun makan sendiri jika emmp faham-faham lah namapun rekacipta.

Kalau tengok Betty Saw dalam bukunya Sedapnya Mi ingatkan nak masak mi pagi ini. Yalah dalam buku, sebut aja mi apa kau nak, mi ayam cendawan, mi goreng berkuah, mi kering ayam Sichuan dan lain-lain semua ada. Cuma masalahnya  mi tuu tak ada yang ada roti jadi pagi ini jadilah roti masak scramble egg ha ha ha.


Jika tuan-puan nak pinjam buku masakan datang ke library yang terdekat, tentu banyak buku masakan dan paling mudah cari resepi di Internet. Lagi banyak orang buat buku masakan lagi banyak resepi kat Internet ni. Tetapi yang di dalam buku tuu dah pasti telah dicuba oleh penulis yang pakar dan yakin sedap. Yang dalam Internet belum tentu maa. Macam yang nampak kat atas tuu. Ok semua selamat bersarapan. 

Isteri kata ok jaa, ambil hati kut.



Comments

This comment has been removed by a blog administrator.

Popular Posts