Monday, October 29, 2012

Program Korban UiTM Perlis 2012

Program Korban UiTM Perlis telah selamat disempurnakan pada 29 Oktober 2012. Turut serta dalam program ini adalah Datuk Seri Dr Md Isa Sabu Menteri Besar Perlis. Sebanyak  10 ekor lembu telah dikorbankan dan Kerajaan Negeri turut menyumbang seekor lembu bagi memeriahkan program ini. Selain dimasak untuk kenduri, daging korban turut diagihkan kepada petugas, staf dan masyarakat sekitar UiTM. Menteri Besar dalam ucapan beliau menyatakan peranan UiTM telah banyak mengubah minda masyarakat setempat terutama mengenai kepentingan ilmu. Mengambil kesempatan dalam program ini UiTM turut menyumbang van Inokom kepada Jawatankuasa Kemajuan Kampung Batu Hampar, Beseri sebagai memenuhi Tanggungjawab Sosial Korporat.











  




  


 




 



Semoga ramai lagi kawan-kawan yang akan menyertai program korban tahun hadapan.

1 comment:

Buatbest said...

wah..meriah sungguh acara korban di situ ya saudara..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads