Apabila kawan diuji - kami dekat dengan mereka


Seorang anak staf telah mengalami kemalangan jalanraya beberapa malam yang lepas dan ianya disaksikan sendiri oleh staf perpustakaan yang kebetulan berada di tempat kejadian. Kemalangan yang melibatkan motosikal dan kereta di kawasan tempat makan berhampiran Perumahan RPA Arau menyebabkan penunggang motosikal yang juga merupakan anak staf perpustakaan mengalami kecederaan pada bahagian kepala.  Semasa lawatan ke wad Hospital Tuanku Fauziah pagi ini oleh Pihak Pengurusan Tertinggi didapati keadaan pesakit masih belum betul-betul sedar.  Pihak perpustakaan sangat bersimpati dan telah membuat kutipan awal bagi membantu mangsa. Sumbangan dari ahli perpustakaan telah disampaikan oleh Rektor kepada staf berkenaan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Ada masa kita kena menyumbang kepada orang nanti mungkin ada orang menyumbang kepada kita bila memerlukannya. Hanya Allah yang tahu. Anugerah Allah kepada kita tidak terperi banyaknya. Berdoalah untuk kesejahteraan anak yang menderita ini semoga ianya cepat sembuh seperti sedia kala. Kita yang melihatnya pun sudah rasa sedih tambah yang mengalaminya tiada terbayang perasaannya.


Sabarlah.Ujian Allah itu pelbagai.

Comments

Popular Posts