
Kerja-kerja menurunkan penghawa dingin lama dari bumbung perpustakaan telah mula dibuat pada bulan Oktober 2012 dan dijangkakan penghawa dingin yang baru akan mula dapat digunakan dalam pertengahan Disember 2012 ini. Ini merupakan suatu sejarah dan pengalaman kepada perpustakaan, apabila menghadapi keadaan yang dikira sebagai keputusan silap jangka atau tunggu dulu atau masih ada cara ka? menyebabkan kesan yang sangat panjang kepada pengguna perpustakaan. Setahun tuu. Statistik jangan kira laa
dropnya. Memang nampak sangat dulu dan sekarang. Pengguna
complain sampai ke pengurusan atasan. macam-macam cara samada melalui perjumpaan dengan pelajar, emel dan facebook juga pada papan kenyataan perpustakaan. Yang tetap berpanas dan setia berpeluh stafnya. Apakan tidak macam duduk dalam ketuhar buat kek. Kalau dulu baju kurung dah jadi track suit dan kalau dulu lengan panjang dah pakai t-shirt. Kerja tetap kerja, kulit sahaja bertukar. Kipas angin dan
portable aircond membantu laa sedikit mengurangkan
tention dan
stress. Apapun kita terima dugaan yang kecil ini kerana kalau tiada cabaran manakan nampak kekuatannya. .

Apapun
library the best place maa...setuju!
Comments