Koleksi Khas Bolasepak Malaysia


Tahniah Kelantan kerana menjuarai Piala Malaysia tahun ni. Tengok kepada permainan dan sokongan penonton Kelantan nampak gaya bertambah meriahlah Piala Malaysia tahun hadapan. Sokongan penonton memang penting untuk persatuan bolasepak negeri bergerak dan membangun.

Nii saya dok fikir kalau tengok tv Astro channel bolasepak kadang-kadang ada ditayangkan perlawanan bolasepak koleksi dari Chelsea dan ada juga koleksi dari Manchester United (MU). Kalau kat Malaysia ada tak koleksi perlawanan bolasepak pasukan Malaysia atau pasukan-pasukan negeri?

Yang saya tahu dari dahulu lagi RTM sajalah yang membuat siaran langsung perlawanan tersebut. Cuma sekarang ini Astro, TV3 pun ada juga buat siaran langsung. Semuanya menjadi hak exclusive mereka.

Bagaimana ya kalau persatuan-persatuan badan sukan mengumpul dan memiliki koleksi video perlawanan yang lepas ini dari syarikat tv ni. Bukanlah sekadar ada tetapi well organize. Ada pusat sumber atau mini perpustakaan. Bolehlah nanti pelatih atau coach menonton semula game untuk memperbaiki kelemahan. Dan lagi kalau nak review game yang lepas adalah tempat nak pi cari.

Persatuan boleh juga buat duit dengan menjual koleksi video nii.  Pandai-pandailah buat MOU dengan penyiar RTM, Astro atau TV3.

Super Mokhtar, James Wong, Santok, Chin Ann antara pemain Malaysia yang saya ingat masa saya budak-budak dulu. Game mereka bersama Malaysia melawan Korea selatan dalam tv yang ditayangkan baru-baru untuk iklan merupakan koleksi yang ada untuk tatapan kita masa ini. Masa perlawanan siaran langsung itu saya turut menontonnya di kaca tv!  Kalaulah koleksi itu tidak ada? Susahkan untuk memahami sejarah dan tak sama nak cerita kehebatan mereka dengan menonton video ni.

Senang cerita FAM buatlak perpustakaan bolasepak anda! dan lepas ini BAM dan persatuan permainan yang lain pulak. Kalau masing-masing dah ada Tahniah laa.

Inilah yang dipanggil Special Library. Perpustakaan yang mempunyai koleksi khas mengenai sesuatu.

Sekian. Saya yang mencadang.

Comments

Syafrizal said…
Saya sudah tawar hati tengok bola Malaysia. Sejak kes rasuah dan bookie saya dah malas nak tengok. Prestasi bola Malaysia merundum hari demi hari. Format selalu sangat bertukar dan liga kita jadi macam ujikaji. Dah berpuluh-puluh tahun pun masih camtu jugak.
Faiz said…
p/s:thanks komen kt blog..setiap komen anda dihargai..=)
**HIT MY LATEST UPDATE HERE**

Popular Posts