Sunday, October 17, 2010

Cabutan bertuah tuu Amalan Terbaik juga!

Pembentangan Amalan Terbaik Perpustakaan PUiTM 2010 yang dijalankan oleh PTAR baru-baru ini acaranya diselang seli dengan cabutan bertuah. Entry saya kali ini bukanya nak cerita tentang Amalan Terbaik tuu tapi ini pasal cabutan bertuah ... ha ha ha.

Pagi-pagi semasa pendaftaran, urusetiapun bagilah borang untuk cabutan bertuah. Borang orange. Bila dah isi maka masukkanlah ianya ke dalam balang. Dalam hati dok kata hadiah apakah yang aku nak menang nii. Memang ramailah peserta untuk Persembahan Amalan Terbaik kali ini. Maklumlah seluruh negara dijemput.



Atas meja penuh dengan hadiah cabutan bertuah. Banyaknya lebih dari 60 hadiah tuu. Senang aku kira kerana ada nombor besar dilekatkan kat hadiah tersebut. Lepas peserta Amalan terbaik buat persembahan diadakan cabutan bertuah. Bukan sikit nama dipanggil, sekali panggil 10 ke 20 nama tuu.  Lepas satu, satu kawan-kawan naik stage ambil hadiah. Lengoh aku tepuk untuk depa. Majlis kali ini aku rasa sangat bertuah kerana dapat tepuk tangan untuk orang lain yang dapat hadiah cabutan bertuah ini. Satu cabutanpun tak naik nama aku. Untuk tenangkan jiwa marilah kawan-kawan yang seangkatan tak bertuah nii katakan ... bagus juga tak menang nii, takyah laa nak beratkan kereta kita kan dengan hadiah tuu tambah pulak aku nak balik jauh nii, nanti nak singgah Perhentian Sebelah Bukit Gantang manatau nak beli buah-buah kaa... he he he.

Sempat tanya En. Hidayat "banyak hadiah tuu mana dapat?". Dia kata semua tuu staf yang kasi. Beli dan bungkus sendiri. Tuu hadiah yang dibungkus dengan kertas gold tuu siapa yang dapat ianya dari En Hidayat laa. Wow bagusnya staf perpustakaan ini. Kreatif idea. Mudahkan acara. Pemurah dan sentiasa bersama dalam semua peristiwa. Kagumlah saya.



Juruacara majlis Pn Shahidatul Akhmam Rambeli dan En. Mohd Fauzi Badarin (gambar) memang gandingan mantaplah pada majlis ini. Lama dah tak gelak dengan kelakar bersahaja dari mereka. Tahniah lah buat mereka berdua yang menjadikan majlis Amalan Terbaik ini dua kali berjaya. Satu amalan terbaik itu sendiri dan kedua telatah mereka berdua yang kami tak kering gusi.

'Sepetang' movie pendek terbaru terbitan Hani Production memang kelakar. Baguslah penceritaan dan lakonan bersahaja dari PTARian. Kalau dapat kebenaran nanti bolehlah saya download movie tersebut. Tentu ramai nak tonton. Pelakon berbakat yang ada tuu tak lama lagi entah-entah boleh dilihat kat tv apaaa. Kalau keluar youtube pasti ramai peminat.

Akhir kata amalkan amalan-amalan terbaik buat dunia dan akhirat. Semoga kita memperolehi kedua-duanya.

3 comments:

Abd Rashid said...

Dari emel saya Hani menulis..

En. Rashid,

Terima kasih kerana meminati movie pendek terbitan pertama Hani Production. Kita baru nak test market...

Nampaknya ramai yang berminat.... so kenalah keluarkan movie yang seterusnya...he..he...


Wassalam,
Hani Liza Hj. Norfin
Pustakawan

Abd Rashid said...

Dari emel saya Shahidatul menulis

Salam En Rashid

Terima kasih di atas komen mengenai Bengkel Amalan Terbaik yang dijalankan baru-baru ini.
Komen yang membina serta sokongan seperti ini yang kami perlukan untuk memberi yang terbaik kepada perpustakaan.

Sekiranya tetamu yang datang berasa gembira dan puas hati dengan apa yang kami AJK sajikan, itu dh membuat kami rasa seronok sgt.
Terima kasih sekali lagi.

Abd Rashid said...

Dari emel saya Asmah menulis...

Salam,

Saya cadangkan Hani & krew buat filem macam hari tu tapi kali ini untuk demokan PUiTM Standard People Practice, boleh kita guna untuk latihan staf lama dan baru di kaunter. Lepas tu boleh buat pula cara menjilid buku, cara mengkatalog & mengkelas dsbnya....

Tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads