Berhari Raya Bersama Staf Perpustakaan



Tahun ini tema gerai perpustakaan untuk majlis jamuan hari raya peringkat kampus ialah Berhari Raya di Dangau. Bukan Danga Bay kat JB tu. Dangau tu adik beradik wakaf. Dangau ini rujuk pondok di tepi bendang. Jadi macam-macam hiasanlah diletakkan dekat dangau ni..ada padi, anak benih, pokok padi, lesung dan macam-macam lagi. Tidak lupa 'orang-orang' yang dibelakang saya tu (gambar). Semuanya berkat kerjasama semua staf di perpustakaan.

Banyak gerai yang mengambil bahagian dan pelbagai juadah dihidangkan sempena majlis ini. Meriah memang meriah, ramai staf yang hadir...berbaju melayu dan berbaju raya...glamor habis.

Raya tahun ini rasanya semua bahan makanan dah naik harga... ingatkan gerai kami sahaja yang makanan cepat habis..gerai-gerai lainpun yang melibatkan daging begitu juga. emmm tidak mengapalah tahun hadapan kita minta peruntukan lebih sikit.

Semalam tengok berita tv;  di UMS, perpustakaannya menang gerai terbaik masa majlis hari raya  ....nampak replika cek RM1000.00 sebagai hadiah...wow. Saja jaa ...nak bagi tau yang hadiah gerai terbaik kat tempat kitapun kena naik sikit kut tahun hadapan!

Untuk semua Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Nota: kalau nak tengok gambar lebih besar...klik kat gambar tersebut. Kalau nak tengok gambar raya yang lain klik di sini (picasaweb).

Comments

Anonymous said…
Gambar2 raya yang sweet...will remember this moment forever...:-)
Anonymous said…
Hmmm... Bestnya kamu di sna.. gerai kitorang sini ala kadar ja.. ruang tak cukup. selamat hari raya.

Popular Posts