Tazkirah...hanya langkah kecil


Tazkirah hanyalah langkah kecil dalam usaha meningkatkan commitment staf dalam kerja.Tazkirah yang dimaksudkan di sini adalah suatu majlis ilmu yang dijalankan di perpustakaan dan melaluinya ia dapat memotivasikan staf untuk bekerja dengan baik dan bersungguh-sungguh.

Ianya merupakan ceramah pendek melalui pendekatan agama dimana ustaz-ustaz dari CITU UiTM dijemput dan diberi tajuk ceramah untuk disampaikan kepada staf. Pihak ustaz juga diberi kelonggaran dalam memilih tajuk mereka sendiri yang sesuai dengan keadaan semasa. Pihak CITU juga dalam hal ini sangat prihatin dengan kehendak pelanggan dan sentiasa berusaha memenuhi permintaan kami.

Pendekatan Tazkirah yang mulanya dilaksanakan di PTAR dilakukan secara tidak tetap dan dibuat oleh pelbagai jawatankuasa. Tetapi apabila saya ditugaskan bagi mengurus latihan staf, jawatankuasa tazkirah telah dilantik dan perjalanannya ditetapkan sebulan sekali dengan masa setiap kali diadakan tazkirah lebih kurang satu jam. Pendekatan ini masih diteruskan sampai sekarang dengan mengambilkira setiap takirah merupakan aktiviti latihan. Apabila saya ke perpustakaan INTEC, kaedah yang sama turut dibuat. Kini saya di Perlis, dan memperkenalkan slot tazkirah dengan membuka  sedikit pendekatan yang melibatkan penceramah dari kalangan professional bukan sahaja ustaz, tetapi kami juga menjemput doktor, kaunselor, timbalan pendaftar dan ketua perpustakaan sendiri memberi ceramah mereka.

Walau bagaimanapun isu-isu yang diketengahkan masih berkaitan dengan isu semasa, motivasi dan penghayatan agama dalam meningkatkan komitment staf terhadap kerja. Walaupun hasilnya atau outcome nya tidak dapat dilihat secara ketara tetapi ramai yang mengaku ada perubahan yang dirasakan terhadap diri mereka melalui pendekatan tazkirah ini. Maklumat ini diperolehi dari soal selidik yang dijalankan selepas setahun majlis ini dijalankan di PDJH dan juga di PTAR suatu masa dahulu.



Yang pasti semangat kerjasama antara staf dalam menyediakan tempat, menyediakan jamuan dan juga ruang untuk melatih staf mempengerusikan majlis dapat dibuat setiap bulan. Ruang yang luas ini juga membolehkan  staf bersedekah dan menderma serta memberi makan kepada hadirin di majlis tersebut.

Melihat kepada penyediaan majlis tazkirah ini saya sangat gembira kerana semua pengerusi tazkirah semasa saya berada bersama mereka dahulu (PTAR, INTEC)  dan sekarang ini (PDJH) merupakan staf-staf sokongan yang mempunyai kewibawaan sebagai pemimpin dan dihormati. Begitu juga dengan ahli jawatankuasa yang berada di bawah mereka. Mereka bermesyuarat, mencari penceramah, membentang isu semasa, membentang kedudukan kewangan dan mencari jalan menyelesaikan masalah merupakan sesuatu yang saya sangat kagumi dengan jawatankuasa ini. Mengadakan majlis dengan hanya bergantung kepada derma dan juga sedekah dari kawan-kawan memang merupakan suatu cabaran bagi AJK tazkirah. Namun begitu dengan sokongan penuh dari semua staf ianya menjadi mudah dan dapat dijalankan dengan lancar.



Bagi yang belum ada Jawatankuasa tazkirah, lantiklah pengerusi dan jawatankuasanya. Sudah pasti anda akan melihat dan merasakan perubahan bila ianya dijalankan. Allah suka kepada majlis ilmu; semoga kita memperolehi rahmat setiap kali kita menghadirinya.

Tazkirah hanya langkah kecil...manfaatnya besar.

Comments

Acik Yati said…
Salam En. Rashid. Good event was invented by good master and conducted goodly by good undertaker. You must be having a goody good package to deliver the good intention. . . Good luck and all good wishes to you and your pack (nice and good looking staff you have Mr.)

Popular Posts