i-Play Toy Library


Pagi Ahad 3 Okt 2010 saya menghadiri majlis perasmian Persidangan Perpustakaan Permainan kali ke 3 & i-Play Toy Library@Simpang Empat Perlis dan juga majlis penyerahan buku dalam kempen kutip buku oleh Yayasan Tuanku Syed Putra. Ianya disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Perlis.

Kesempatan itu juga saya sempat bertemu dengan Executive Director Educate To Learn Pn Farah Mahami bt Tan Sri Datuk Hj. Mustapha Kamal. Maklumat dari buku perasmian difahamkan Yayasan Emkay telah menyalurkan sumbangan hingga kini melebihi RM500,000 kepada empat Perpustakaan Awam Negeri Perlis iaitu Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Perlis (2006), Pekan Arau (2007), Padang Besar (2009), dan Simpang Empat (2010).

Sementara itu kempen kutip buku oleh Yayasan Tuanku Syed Putra untuk tahun 2010 telah dapat mengumpul sumbangan sebanyak 5,180 naskah buku baru dan terpakai sementara sumbangan wang tunai diterima sebanyak RM6,350.00 untuk pembelian buku-buku baru.

 Tahun ini nampaknya kita terlepas untuk memberi sumbangan. InsyaAllah kita usahakan untuk tahun hadapan.

Comments

Anonymous said…
apa yang 'play' kat situ..citer sket
Unknown said…
Dari apa yang diperhatikan i-play toy library ini menyediakan beberapa package peralatan mainan kanak-kanak berserta dengan kursus kepada pengendali perpustakaan. Kelebihannya ialah ia memberi kursus cara bagaimana menggunakan peralatan yang disediakan.

Ianya sesuai untuk tadika yang mempunyai ruang khas untuk kelas pengajaran (permainan)serta sangat sesuai untuk perpustakaan kanak-kanak serta perpustakaan awam.

Popular Posts