Information Resource Centre, Universiti Teknologi Petronas


Seramai 26 staf Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan terdiri dari Pustakawan dan staf sokongan menyertai program lawatan ke Pusat Sumber Maklumat Universiti Teknologi Petronas pada 10 Disember 2012. Taklimat dan lawatan ke unit-unit memberi banyak input kepada staf tentang pengurusan IRC ini. Tuan Hj Naziri Yusuf Senior Manager IRC turut memberi penerangan mengenai pengurusan IRC dan hubungan dengan organisasi lain di UTP.










Banyak tindakan yang diambil oleh pengurusan IRC yang mengunakan pendekatan jika teknologi boleh ambil alih maka gunakan teknologi. Jika flow of work boleh dipendek dan mengunakan tenaga yang sedikit maka kurangkan. Apa yang dinyatakan telah ditunjukan kepada staf sebagai suatu kenyataan yang menjadikan lawatan ini berjaya.

perlukan berani mencuba, berani mengambil risiko, untuk menghasilkan inovasi.

Comments

This comment has been removed by a blog administrator.

Popular Posts