Konferensi Pustakawan PUiTM 2012


Konferensi Pustakawan PUiTM 2012 yang bertemakan ke Arah Universiti Penyelidika Suatu Transformasi berlangsung di Intekma Resort Shah Alam dari 18 hingga 20 Disember 2012 ini dihadiri oleh 200 pustakawan seluruh sistem perpustakaan UiTM. Ia dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM. Konferensi kali ini berjaya membawa pustakawan kepada pemahaman baru mengenai Universiti Penyelidikan. Persediaan pustakawan ke arah ini di ungkap oleh Ketua Pustakawan dengan meminta semua pustakawan berubah bersama-sama. Lets Transformed Together.

Pembentangan pertama mengenai cara bagaimana UiTM ingin mendapatkan status Research University ini telah diterangkan dengan cara yang mudah difahami. Peranan pustakawan dikatakan terdapat pada dua bidang dari senarai lapan perkara yang perlu dipenuhi bagi mencapai status Research University tersebut. Jumlah markah yang diperlukan dan kedudukan UiTM sekarang turut dimaklumkan.

Selain itu terdapat suatu kertas kerja yang disampaikan oleh Tan Sri Zulkefli Naib Canselor Universiti Al Bukhari yang sedikit teruja buat saya. Konsep sebuah universiti dan persediaan yang Tan Sri telah lakukan lebih awal untuk menjadikan USM sebuah universiti RU dan kemudiannya sebuah Universiti ke arah APEX sangat menarik. Kesungguhan Tan Sri dan keterbukaan dalam berkongsi ilmu sangat menarik perhatian peserta. Penjelasan Tan Sri mengenai Professional sangat menarik. Bagi Tan Sri, profesioanal adalah "apabila seseorang itu berjaya menggubah sesuatu yang orang lain rasa ianya tidak boleh untuk diubah". Kepercayaan itulah yang menjadikan seseorang itu unik dari segi pemikiran dan tindakan.



 
Lawatan Ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor memberi peluang melihat kepelbagaian aktiviti perpustakaan untuk pelbagai lapisan masyarakat. Sementara majlis makan malam sungguh meriah.

mengubah terubah diubah 

Comments

Popular Posts