Seminar Kebangsaan Sumber Elektronik di Malaysia 2012

Seminar yang diadakan dua tahun sekali ini dihadiri oleh ramai pustakawan seluruh Malaysia dan membincangkan tentang perkembangan, best practice di perpustakaan luar negara, masa depan sumber elektronik dan hala tuju kerjasama perpustakaan di Malaysia dalam sumber elektronik.
Pembukaan oleh TNC dan Penutupan oleh VC UniMAP yang merupakan pengguna utama perpustakaan. Beliau mengetahui banyak perkara tentang perkembangan perpustakaan. Office beliau pun dalam perpustakaan. Sangat berminat dan sanggup  menyediakan peruntukan untuk perpustakaan UniMAP. Beliau memberi pengiktirafan kepada pustakawan seluruh Malaysia dan mencadangkan perubahan keaktifan pustakawan yang lebih dengan menonjolkan diri bersama penyelidik dan ahli akademik.
Antara Pembentang Kertaskerja terdiri dari ketua-ketua perpustakaan Universiti dari US, Australia dan HongKong. Pengerusi-pengerusi yang menjayakan seminar ini, selain UniMAP juga MOLEC dan PERPUN. IFLA 2013 yang akan berlangsung di Singapura juga membuat promosi di seminar ini.
Majlis makan malam, hidangan yang sedap-sedap dan turut dipenuhi dengan persembahan kebudayaan. 
Semua staf perpustakaan UniMAP adalah pengerak utama seminar ini.
Memang terbaiklah pengurusan seminar mereka.

katalah yang benar, kalau kita masih dibelakang, bekerjasamalah dengan yang lain.

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular Posts