Bagaimanakah meningkatkan kepercayaan orang terhadap anda? ... Sambungan fokus kedua


Saya sambung lagi tentang bagaimana meningkatkan kepercayaan orang seperti ketua dan orang lain terhadap anda yang bekerja dalam suatu organisasi samada kecil atau besar. Yang pertama saya telah nyatakan beri fokus kepada mengurus emosi. Kali ini saya cadangkan anda memberi fokus kepada perkara berikut pula iaitu:

2. Mengurus masa anda.

Mudahkan tajuk ini. Sekadar hendak mengurus masa memang mudah disebut. Tetapi kita yang berada dalam kumpulan yang ditengah-tengah ini lain sikit rasanya kerana kita selalunya akan diberi tugas dengan “dead line” dari orang atasan. Orang di bawah kita bekerja dalam masa antara punch in dan punch out, tapi kita yang menjadi penyelia atau ketua di tengah-tengah ini perlu bekerja melebihi masa. Pakar psikiatri ada mengatakan bahawa “jika kita hanya menghargai tentang diri kita maka kita tidak akan menghargai masa kita dan jika kita menghargai masa kita maka kita tidak perlu melakukan apa-apa kepadanya”.

Kata mereka lagi jika anda berkata lagi lima tahun lagi anda inginkan sebuah rumah idaman anda. Maka anda mengambil masa satu per duabelas dari hidup anda berdasar jika umur maksimum setakat 60 tahun, baru anda akan dapat rumah tersebut. Berapa lama kena bayar pinjaman rumah baru ianya menjadi milik kita? Lamakan! Mereka melihat masa dari segi lamanya diambil untuk mendapatkan sesuatu. Jika kita membeli atau dapat sesuatu cuba jangan nilaikan dengan wang tetapi cuba lihat dengan masa. Contohnya berapa lama masa anda ambil untuk naik pangkat? 5 tahun? 10 tahun? 15 tahun? Bukan berapa anda dapat bila naik pangkat! Berapa lama anda kena bayar untuk dapatkan sebuah smart tab? 12 bulan? Dengan bayaran ansuran! Begitulah mereka menilai masa.

Cuba uruskan masa kita dengan baik kerana masa adalah nilai yang boleh ditukar kepada wang. Kalau gaji kita RM1800 sebulan, 23 hari bekerja dalam sebulan maka sehari gaji kita dibayar sebanyak RM78.26. Sehari kerja lapan jam menjadikan sejam RM9.78 dan setiap minit kita dibayar RM0.16. Lagi besar gaji kita lagi mahal masa seminitnya! Maka jika kita keluar untuk merokok waktu kerjapun majikan tetap membayar gaji kita! Nanti adalah orang kata “banyak cantik!”. Bayangkan jika kita datang kerja punch in dan kemudian MIA, pun majikan bayar! Waduh ini bukan cantik lagi, ini bikin pening! Kalau kerja dengan kerajaan, duit rakyat tuu yang bayar gaji kakitangan. Mana rakyat tidak complain jika kakitangan kerajaan tidak buat kerja bersungguh-sungguh.

Mari kita lihat masa yang kita ada, yang lepas dan akan datang, boleh kita nilaikan tidak?

“Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling berpesan(menasihati) untuk kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.” [Al-Asr  (103):1-3]


Berapa umur anda sekarang? 

Comments

Popular Posts