Bagaimanakah meningkatkan kepercayaan orang terhadap anda?
Bagaimanakah meningkatkan kreadibiliti atau bahasa mudah kepercayaan
orang terhadap anda. Bunyi macam senang saja. Sebenarnya hasil dari artikel saya mengenai pemimpin tanpa pengikut sebelum ini, saya panjangkan sedikit supaya ceritanya tidak berhenti di situ
sahaja. Pendek cerita begini sajalah, dalam organisasi kalau anda mahu meningkatkan kreadibiliti
dari segi kepimpinan dan menampakan kepercayaan kepada ketua anda atau orang
lain cuba fokus kepada beberapa perkara yang saya cadangkan ini.
1.
Mengurus emosi anda.
Dari bacaan saya, ada penulis yang
mengatakan bahawa orang yang mempunyai masalah emosi mempunyai kebarangkalian
144 persen lebih banyak terlibat dengan kemalangan kenderaan dari mereka yang
tidak bermasalah. Saya pun tak faham bagaimana mereka mengiranya. Kata penulis
itu lagi satu dari lima mangsa kemalangan adalah mereka yang juga terlibat
dengan pertengkaran dengan orang lain dalam lingkungan enam jam sebelum
kemalangan. Emmp ini boleh dikira logik juga.
Sangat penting nampaknya mengurus
emosi ini. Tidak ada siapa pun yang ingin duduk bersama jika mereka jangka akan berlaku letupan kemarahan
dari sesiapa sahaja dalam kumpulan mereka. Baik keluar sekejap dari mendengar
leteran atau m**i hamun. Tentulah lebih ketara jika ketua tidak dapat menahan emosi dan saya
percaya sudah tentu lebih banyak yang akan terkena kesan dan tempiasnya bila
ianya meletup.
Ketua yang baik dan bagus sudah
tentu tahu bila untuk menunjuk dan tahu juga bila untuk menyimpan emosinya. Hahaha macam
kucing simpan kukunya.Tetapi kadang-kadang mereka akan tunjuk juga supaya orang
akan rasa apa yang mereka rasakan. Tentu ini akan menyebabkan orang akan tersentak
atau terbangun atau tersedar. Mungkinkah ini manipulatif atau satu cara
menyebabkan orang akan membuat sesuatu atau berkata sesuatu kerana wujudnya rasa
bersalah. Selagi ketua merasakan ia melakukannya untuk tujuan kebaikan dan bagi
kepentingan jabatan dan bukan kepentingan peribadi saya rasa ianya elok juga
dibuat jika perlu. Saya percaya pemimpin melihat lebih dari orang bawahnya, maksud
saya melihat kehadapan lebih jauh dan mereka selalunya telah melalui dan
merasanya terlebih dahulu. Sudah tahu kesan dan akibat. Sudah tahu perit dan
getir. Dengan membenarkan kumpulan atau team anda mengetahui apa perasaan anda
ia sebenarnya membantu mereka melihat apa yang anda nampak.
Sebagai pemimpin bila anda menyimpan
atau menangguhkan dan juga bila masa anda menunjukan emosi anda ia seeloknya
bukanlah semata-mata untuk kepuasan diri anda. Anda sepatutnya bertanya pada diri
anda apakah yang diperlukan oleh pasukan anda? Apakah yang anda lakukan untuk masa depan mereka? Bukannya apakah yang boleh membuatkan
anda rasa lebih baik atau menguntungkan diri anda sendiri?
Menurut Dr Muhaya, beliau berkata "Fikiran menghasilkan emosi, emosi menghasilkan tindakan, tindakan menentukan hasil kehidupan, iaitu kesihatan, kebahagian, ketenangan dan kesihatan, jika kita mengawal dalaman kita yakni fikiran dan emosi, Insyaallah kita menghasilkan kehidupan yang baik...", "...fikiran yang baik menghasilkan emosi yang baik.."sila lihat video beliau di Inspirasi Bahagia Membahagiakan"
Menurut Dr Muhaya, beliau berkata "Fikiran menghasilkan emosi, emosi menghasilkan tindakan, tindakan menentukan hasil kehidupan, iaitu kesihatan, kebahagian, ketenangan dan kesihatan, jika kita mengawal dalaman kita yakni fikiran dan emosi, Insyaallah kita menghasilkan kehidupan yang baik...", "...fikiran yang baik menghasilkan emosi yang baik.."sila lihat video beliau di Inspirasi Bahagia Membahagiakan"
Itulah yang saya baca, dengar dan cuba
faham. Itulah juga yang saya cuba lakukan. Melempar itu lebih mudah dari
menyambutnya. Kerana yang melempar itu lebih ramai dari dua tangan yang anda
ada untuk menyambutnya. Kecuali anda sudah tahu tekniknya anda sambut dengan
senyuman. Kerana dengan senyuman anda tidak perlu kata apa-apa.
akan bersambung...
Comments