Pemimpin tanpa pengikut?
Anda pemimpin tapi tiada pengikut? Hahaha (ketawa). Pemimpin apa
namanya itu? Panggil saja pemimpin tanpa pengikut! Pelikkan? Begini sajalah.
Anda ingin jadi pemimpin tetapi anda tidak ada orang di bawah untuk diberi
arahan. Kerana anda memang masih di bawah atau di tengah-tengah tapi tidak
orang bawah dalam organisasi anda. Jadi bagaimana? Begini sajalah apa kata anda
jadi pemimpin pada diri anda dahulu sebelum anda memimpin orang lain. Jika anda
sendiri tidak dapat mengikut arahan diri sendiri macam mana orang lain hendak
ikut arahan anda? Pernahkah anda bekerja di bawah pemimpin yang tidak dapat
mengikut arahan diri beliau sendiri? Mereka menunjukkan contoh yang tidak baik
kepada organisasi mereka sendiri. Kalau hendak diberi contoh mudah sangat.
Bolehkah anda mengurus diri anda untuk minum pagi pada waktu kerja dalam masa
20 minit? Jika anda mengambil masa 30 hingga 60 minit adakah anda mengurus diri
dengan baik? Kita ubah persoalan kepada adakah anda fikir anda pemimpin yang
baik untuk diri sendiri?
Belajarlah mengurus diri anda bila berada di bawah. Jangan
asik memberi arahan kepada orang yang bukan pengikut anda tetapi banyakkan
mengurus arahan diri anda sendiri. Jika anda tidak dapat mengurus diri sendiri
maka dengan jelas akan nampak yang anda seorang yang kurang tumpuan, tidak
berdisiplin, tidak ada maksud dan tujuan dalam kerjaya.
Orang yang berjaya selalu kita baca dari buku dan juga kita
perhatikan secara reality akan membuat keputusan awal melalui perancangan yang
diatur dan seterusnya akan menguruskan keputusan tersebut setiap hari. Juga
kita dengar mereka akan membuat keputusan yang pelbagai setiap hari dan akan
memantau keputusan tersebut tiap-tiap hari juga.
Jika anda seorang yang dapat memimpin diri sendiri dengan
cemerlang maka akan jelas kepada ketua anda akan keupayaan dan potensi anda.
Melalui peningkatan kekuatan personal anda maka akan dapat membantu peluang
kerjaya yang lebih baik bila masanya sampai nanti.
Mengurus diri sendiri memang susah!
Mengurus diri sendiri memang susah!
Comments