Saturday, December 29, 2012

Perpustakaan Alam Bina FSPU UiTM Shah Alam

Rebranding perpustakaan dengan pertukaran nama dari Perpustakaan FSPU kepada Perpustakaan Alam Bina yang berubah wajah secara menyeluruh dari konsep dan peralatan perpustakaan. Ianya  dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM pada 19 Disember 2012 yang lalu. Belanja ubahsuai tentulah banyak, tetapi tidaklah sebanyak jika dibandingkan dengan membuat sebuah bangunan baru untuk perpustakaan fakulti ini.

Wing yang menempatkan buku-buku mempunyai rak yang tinggi. Sistem pencahayaan menggunakan lampu dan sistem elektronik yang akan menyala apabila sensor mengesan pergerakan. Ia diletakan dilorong menuju kepada setiap rak. Jarak antara rak lebih lebar berdasarkan kedudukan lampu. Pinjaman pula buku menggunakan self check machine.

Pintu masuk mempunyai satu lorong sahaja dan disertakan pintu pengesan keselamatan. OPAC sudah semestinya ada.




Pejabat yang simple, terbuka dan kemas. Pegawai yang bertugas di sini adalah mereka yang berpengalaman dan otai.
Penggunaa ruang foyer yang sepenuhnya adalah suatu alternatif yang baik. Oleh kerana ruang bacaan terhad di dalam perpustakaan maka foyer dijadikan tempat untuk pelajar membaca atau membuat tugasan. Disediakan wifi, plug untuk sumber elektrik dan juga kipas angin. Tambahan awning bagi mengelak kesan tempias hujan juga turut dibuat. Penggunaan warna dan design adalah ceria dan moden. 

pernah berkhidmat di sini. Siapa lagi ya?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads