Knowledge Cafe


Knowledge cafe! emmp ..... ingatkan cafe yang ada teh tarik atau roti bakar ka! Pertama kali dengar phrase ni. Tu laa bila dah terjauh sikit dan lama tak update knowledge, terma barupun tak faham.

Rupanya ... Knowledge cafe lebih kurang macam borak-borak kat kedai kopi juga. Cafe samalah tu dengan kedai kopi kan. Cuma bezanya borak kat kedai kopi hasilnya habis kat situ sahaja.

Knowlegde Cafe lebih dari itu ianya tetap perbincangan secarai santai tetapi mempunyai struktur. Mudah dan memang elok dalam membuat perbincangan bagi 'Community of Practice' atau bagi kumpulan yang menjalankan aktiviti yang sama.



Knowlege Cafe (KC) ini diperkenalkan kepada saya di perpustakaan sebagai satu kaedah untuk menjayakan 'Community of Practice' (Nak kata diperkenal kepada kami takut saya seorang saja yang tak tahu pulak). Ianya dibuat dengan pembahagian beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai antara 7 atau 8 orang ahli. Seorang yang memang faham tentang perjalanan KC ini ditempatkan untuk guide perjalanan perbincangan. Beliau mempunyai borang yang sudah  disediakan awal bagi mengisi maklumat yang diperlukan dalam menghasilkan keputusan dari COP ini.

Seorang lagi ahli menaipkan hasil perbincangan dalam komputer sebagai persiapan untuk pembentangan atau persembahan nanti. Salah seorang ahli dari kumpulan ini dilantik sebagai ketua. Sementara yang lain sebagai ahli. Bukan ahli yang cuma dengar dan yes  jaa..tetapi ahli yang bagi input untuk COP ini. Yang jaga masa tu ... ketua laa dan dia juga yang run the show.

Tajuk bagi Community of Practice (COP) diberi pada setiap kumpulan. Tajuk memanglah berbeza, bayangkan perkhidmatan di perpustakaan bukannya sedikit Macam-Macam Ada. Oleh kerana banyak tajuk maka banyak lah table. Riuh rendah dibuatnya... maklumlah dekat cafe.

Perbincangan COP menghasilkan point-point yang perlu di isi dalam ruang-ruang tertentu. Ruang praktis semasa, ruang masalah dan ruang penyelesaian serta ruang new ideas. Senarai point dibuat dan diteliti serta dibincangkan. Sebagai contoh jika COP berkaitan dengan Publication maka apa yang dicari adalah:
  1. Apa yang dipraktiskan di perpustakaan kita pada masa ini?
  2. Apakah masalah dari segi kompetensi yang merencatkan tindakan atau praktis kita?
  3. Apakah penyelesaian dari segi kompetensi yang boleh mempercepatkan perlaksanaan praktis tersebut?
  4. Apakah praktis yang dibuat atau dilaksanakan di perpustakaan lain yang boleh kita share dan laksanakan?
  5. Apakah idea baru yang boleh dilaksanakan sebagai suatu praktis bagi meningkatkan pencapaian perkhidmatan ini? Idea baru yang orang lain tak buat lagi. Idea ni ambillah dari mana-mana tempat ...tak semestinya library aja.
Masa ditentukan untuk perbincangan ini. Round pertama 60 minit. Bila cukup masa ahli-ahli diminta untuk pindah ke table lain pula. Yang tinggal cuma ketua dan juga ahli yang menaip pada PC sahaja. Jadi bila ahli kumpulan  lain joint tablenya maka ketua akan terangkan tajuk COP untuk table tersebut dan terangkan semua 5 point diatas tadi yang telah dibincangkan. Kumpulan baru yang joint table ini akan beri point baru atau idea baru sebagai tambahan kepada tajuk ini. Selepas cukup masa (lebih kurang 20 minit)  maka kumpulan lain pula akan datang dan proses mendapat idea baru diteruskan. Masa yang berikan untuk pergerakan kumpulan ini lebih pendek dari perbincangan peringkat awal. Akhir sekali kumpulan asal berkumpul balik untuk persediaan persembahan.

Selepas siap pengumpulan idea dan key in dalam PC maka barulah persembahan kumpulan dibuat oleh ketua kumpulan. Maka persembahan yang disampaikan ini lebih ummp .... kerana banyak idea telah digabungkan.

Tahniah kepada Jawatankuasa yang melaksanakan COP ini. Mereka termasuklah  Pn Getta dan staf dari Paradigm System Berhad, Dato' Dr Zaiton (Mantan Ketua Pustakawan UM), Pn Hjh Paiza (Mantan ketua Pustakawan UiTM), Cik Zahariah (Mantan ketua Pustakawan UPSI) dan Pn Faridah TKP Kanan PTAR.

Di bawah ini sebahagian dari kumpulan COP yang terlibat (sila klik untuk besarkan gambar).

















Comments

Anonymous said…
Salam,

Sy mohon ambil gambar dr en.rashid yer utk koleksi sy...=)

Sue(Library Selayang)
Unknown said…
Ok no problem Sue.
Anonymous said…
Terima kasih...^_^

Popular Posts