Raja Buah Kembali Daa

Durian atau raja buah memang menjadi kegemaran ramai. Baunya yang kuat memang mana-mana hotelpun tak benarkan ianya dibawa masuk. Jadi kalau kesempatan makan durian di hotel maknanya makan di luar sajalah. Pelbagai nama diberikan kepada jenis durian ini seperti udang merah, duri hitam, raja kunyit, musang king dan lain-lain lagi. Bila dah sedap ianya menjadi buruan pengemar durian. Pulau Pinang memang terkenal dengan duriannya yang sedap dan mahal yang kadang-kadang boleh mencecah RM50 sebiji. Ada orang boleh makan sampai 3 biji, saya 3 ulas pun cukup laa. Tapi kalau kena durian duri hitam (gambar) mungkin lebih kut.




Kalau dah tahu harga mahal kenapa kita di kampus tak tanam klon yang mahal-mahal ni. Sekali musim buat duit ooo.

Comments

Popular Posts