Friday, June 14, 2013

Program Setiakawan Siri Ke 12 - Part 1


"Kalau Negeri Perlis terkenal dengan Buah Mempelam Harum Manis, UiTM Perlis pula terkenal dengan Program Setiakawannya" Rektor UiTM Perlis.

Program Setiakawan Siri ke 12 ini dijalankan dari 14 hingga 16 Jun 2013 bertempat di Taman Negeri Perlis Wang Burma. Pada kali ini seramai 48 peserta yang terdiri dari staf pelbagai jawatan di UiTM Perlis menyertainya.
Program Setiakawan mula diperkenalkan pada tahun 2002. Program ini diadakan untuk membina satu pasukan yang jati diri, setiakawan dan seterusnya dapat bekerjasama bagi mencapai visi dan misi UiTM. Untuk mencapai kejayaan, sesebuah organisasi mesti mempunyai satu pasukan yang dapat bekerjasama dan saling bertolak ansur dalam membuat keputusan. Ianya hanya boleh dicapai melalui hubungan erat yang terjalin di antara rakan sejawat.

Program ini mempunyai objektif untuk mengeratkan hubungan melalui sifat setia, mesra dan bertolak ansur di antara kakitangan UiTM. Membina satu pasukan yang jati diri serta pasukan setiakawan dan seterusnya dapat bekerjasama bagi mencapai visi dan misi UiTM. Meningkatkan lagi semangat juang dan cintakan negara di kalangan kakitangan UiTM.




  
 
 
Pada peringkat pertama program ianya dimulakan dengan pembahagian, penamaan dan perlantikan ketua kumpulan serta penghulu. Maka lahirlah kumpulan Karisma, VAT8, Lavendar, Jambu Fighter, Zumalak dan Transformers.

Taman Negeri Perlis Wang Burma terkenal dengan hutan yang menghijau dan guanya yang sempit dan mempunyai pelbagai kecerunan yang terpaksa dilalui oleh peserta. itulah Cabaran yang bakal kami tempuh.

Sebelum bermulanya pendakian, panaskan badan dahulu dan bendera setiap masa kena bawa. Biasalah namapun program Setiakawan. Teringat cerita P. Ramlee ... bawa bendera.

 



Kalau dah bawa kayu tu faham-faham jaa lah, lutut ada kurang sikit..tapi semangat kuat kalah orang muda!

Di dalam gua suasana mula berbeza kerana cabarannya anda tidak jangka. 
Anak muda sentiasa ceria dan bergaya, itu tanda banyak tenaga.

Gua yang terbentuk jutaan tahun dahulu dapat juga diterokai di negeri sendiri. Di Perlis ini ada beberapa lagi gua yang boleh diteroka kerana ia merupakan tempat tarikan pelancong.



Merangkak ke atas menuju laluan sempit yang hanya muat untuk seorang sahaja dan meloloskan badan melalui celahan batu merupakan cabaran dan pengalaman yang sukar dilupakan. Mahu tidaknya dahlah gelap, mengesot-ngesot atas tanah ...aduh.
Maka mereka mengandaikan laluan ini dengan pelbagai andaian. Hanya peserta yang mengetahuinya.


Suhu dalam gua adalah dingin sekitar 25C.

 Dalam kegelapan gua yang hitam pekat tanpa cahaya apabila semua lampu-lampu dipadamkan maka disampaikan tazkirah yang dengar hanyalah suara. Renung kembali kehidupan di dunia dan apabila kita meninggalkannya. Keinsafahanpun timbul bagi mereka yang beringat dan berfikir. 


Laluan yang memerlukan anda membongkok sepanjang perjalanan dan merempuh aliran sungai memang luar biasa. Laluan dalam gua adalah lebih kurang 600 meter sebelum kami menemuai pintu gua yang satu lagi.  Jauhkan! itulah pengalaman yang sukar dilupakan.


Dengan mengikut aliran sungai dalam gua kami akhirnya sampai ke pintu gua untuk kembali ke hutan menuju ke tempat penginapan program. Indahnya bumi Perlis.

Kotor dan basah adalah adat mendaki gunung dan meneroka gua ini. Maka sahlah kehebatan ciptaan Allah ini. Kerana bila di pintu gua kami melihat air dalam gua ini mengalir laju menjadi air terjun yang cantik dan menyejukkan.







Sumber maklumat: Pamplet Program Setiakawan Siri ke 12 
Sila komen untuk kekalkan ingatan pengalaman terutama bagi peserta siri ke 12 ini dan siri-siri yang lalu..

1 comment:

coklatmatahitamku said...

kat mana ni en .rashid?nak terjahlah:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads