Program Setiakawan Siri ke 12 - Part 3

Malam tadi hujan lebat. Nyenyak tidur. Tapi bila subuh menjelma kami semua sudah bersedia berjemaah. Maklumlah ada penghulu, saudara Salman yang bertanggung jawab mengerakkan anak buah. Selepas subuh ada sedikit tazkirah yang diberi bagi menguatkan iman dan takwa.


Hari ini program kami adalah seperti dirancang pada malam semalam iaitu untuk membaca peta. Setiap kumpulan diturunkan dari bas di kawasan yang berasingan sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki merentas bumi Titi Tinggi, Padang Besar. Atas peta ok la, bila atas tanah, pandang depan kebun getah, kelapa sawit, bendang, kebun sayur, semak samun, paya, sungai dan disambut dengan anjing, ular, duri dan kepanasan matahari, baru real. Terdapat dua check points yang perlu sampai. Itupun kalau jumpa check point pertama. Ada beberapa gambar sahaja yang saya dapat muatkan kerana tidak banyak gambar yang dirakamkan dalam aktiviti ini oleh saya. Terima kasih kepada beberapa ahli kumpulan yang membenarkan gambar yang mereka ambil dikongsikan bersama blog ini.

Kumpulan : TRANSFORMERS. 


 


Semua ok kalau tengok peta laa, tapi bila berjalan kenapa tak ok. Ha ha depa bagi peta lama. Semua yang ada atas tanah belum ada dalam peta. Jalan baru pun tak ada. Semuanya tuu alasan bila tak sampai ke check point.





Kalau tahu sesat, tak apa,  jangan dah sesat tapi tak mengaku sesat, buruk padahnya. Jadi bila perlu gunalah peta kampung,...iaitu.. tanya orang. Orang tempatan ka, orang Siam ka atau orang Vietnam ka yang pasti jawapannya kami akan masuk ke Tasik Timah Tasoh. Paling tidak pun jawapan orang malas tolong ....saya bukan orang sini.


Lapar gila bila tengok jam dah pukul 2 petang. Patut laa perut dah berbunyi.  Letih seletihnya apa tidaknya berjalan dah dekat 5 jam, check point tak lari tapi kami yang tersasar. Nampak sangat kerja kat pejabat lebih mudah dari kerja berjalan cari jalan dalam hutan.

Anjing perkara biasa, tetapi yang luar biasa bila terlangkah ular yang sebesar lengan! Mak aii panjang tuu lebih kurang 6 kaki lebih. Syukur Alhamdulillah,  Allah selamatkan kami dari malapetaka. Lepas itu lebih berhati-hati. Bila meredah hutan getah yang tebal dengan semak samun, marah juga kenapa pekebun tak menoreh, kalau menoreh cantik laa sikit kebun tuu, mudahlah kami bergerak. Ini tidak, kena berparang juga bila masuk dalam hutan getah ini.

Kumpulan: JAMBU FIGHTER


Bila tengok gambar dari ehsan En. Farady ini macam cerita Man vs Wild pula pasukan mereka ini. Siap bawa juru kamera lagi. Semua dirakam. Tunggu keluar dalam tv usmb. Disebabkan jurugambar orang lama tapi masih kuat, yang muda-muda tuu buat-buat kuat juga laa. Tapi nampak gaya jurulatih silatpun nampak penat juga tuu. Doktor Naimah nampak ok, tapi ada juga yang nampak macam ko. Maklumlah jalan jauh semua orang penat. Tapi Setiakawan memberi kelebihan kepada ahli berkenalan dalam susah, senang, penat dan lapar.





Bila sampai di tempat berkumpul, semua pasukan perlu masak nasi dulu dan makan ramai-ramai. Ada kumpulan sampai awal tapi kami lewat sikit, dekat jam 4 petang baru mula masak. Bila lapar semua lauk yang dipanaskan rasa sedap. Program pagi ini membawa cerita panjang dalam memori setiap peserta Setiakawan. Bagi kumpulan lain bila saya sudah dapat gambar insyaAllah saya buat entri lain untuk anda.







setiap peserta mempunyai kelebihan dan kekuatan...bila digabungkan ia menghasilkan tenaga yang kuat, dan dengan tenaga itu kita bangunkan anak bangsa, agama dan negara.

Comments

Popular Posts