Program Setiakawan Siri ke 12 - Part 2


Selepas mendaki dan memasuki gua pada sebelah petang maka pada malamnya kami dikehendaki memperkenalkan kumpulan dan ahli-ahli Setiakawan masing-masing. Hujan pulak tu, sekejap dengar suara sekejap hilang suara, hujan malam itu sudah memberi gambaran berat untuk aktiviti esok hari. Kami boleh ketawa lagi bila setiap kumpulan memberi tag line masing-masing. Ada peserta yang mempunyai suara macam DJ, ada yang suara bersembang boleh kuat tetapi bila ke depan dah tiada suara lagi. Ramai bersuara macam penyanyi, biasa laa semuanya penyanyi lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM yang merdu. Ada yang tidak pernah nampak selama ini rupanya staf kita juga. Maklumlah duduk dipelbagai jabatan, mana hendak kenal. Untung juga sertai Setiakawan boleh kenal mengenali.




Setiap peserta tidak segan untuk senyum...kerana setiakawan memberi makna besar dalam perhubungan sesama insan dalam satu jabatan. Lepas ini mudah untuk berurusan merentasi jabatan.

Besok kami kena baca peta dan membuat perjalanan dalam hutan. Setakat baca atas kertas nampak mudah. Kalau ikut cara macam dah ok, faham semuanya. Besok jalan tiada masalah. Alatan diberi  sudah faham cara hendak diguna. Tunggulah besok..

 



 

Esok hendak mula berjalan jauh, jadi jom tidur dulu. Satu bilik lapan orang kira ok laa. Malam sudah pasti tidur nyenyak ...apa tidaknya letih dan hujan mengiringi sehingga subuh. Ingat tak air mandian warna apa? teh o pekat, air gunung yang segar. Pagi subuh hujan pulak tu, sejuk mak aii...ada yang mandi P Ramlee aja tuu.



Let's Transform Together...weeewit...go power...zoommm

Comments

Popular Posts