...........oh ubat....oh ubat...mari beli ubat
Teringat cerita P.Ramlee (Tan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee) bila saya letakkan tajuk kali ini. Bukan apa, saja nak ingatkan diri sendiri agar perpustakaan kita mempunyai kotak ubat yang mudah dicapai.
Jangan pula mudah capai kotak ubat sahaja...tetapi isinya kosong.
Saya rasa tidak kut ..... rasanya semua perpustakaan kita mempunyainya.
Ubat-ubat yang hendak disimpan dalam peti ubat dalam perpustakaan boleh kita dapatkan dari klinik yang ada dalam kampus kita, tetapi selalunya doktor tidak akan beri ubat makan seperti paracetamol atau ubat batuk. Ubat-ubat yang melibatkan makan atau minum perlu mendapat nasihat doktor.
Ubat-ubat atau alat dalam kotak ubat ini tujuannya adalah untuk digunakan bagi rawatan kecemasan di dalam perpustakaan sebelum mendapatkan rawatan dari doktor di klinik ataupun hospital. Harap-harap jangan ada yang salah gunakannya untuk mengambil dan bawa balik ke rumah pulak.
Saya rasa semua staf perlu tahu dimana peti atau kotak ubat ini ditempatkan dan seseorang perlu menjaga atau mengambil tahu tentang peti ubat ini. Selain itu saya berpendapat semua staf perlu menghadiri sekurangnya sekali dalam masa 4 tahun kursus CPR. Saya masih ingat menghadiri kursus CPR di PTAR dan membuat demontrasi menyelamatkan patung yang dibawa dari klinik menggantikan manusia. Ingatkan mudah rupanya susah juga untuk menentukan timingnya. Practice make perfect ..............so practice ja laa ... kalau ada patung!
Bab nyawa kita jangan ambil mudah.. setiap pelajar yang masuk dalam perpustakaan kita perlu rasa dan berada dalam keadaan selamat. Jika berlaku apa-apa kejadian yang melibatkan kecederaan atau kecemasan biarlah kita semua sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan peringkat awal.
Jadi apa lagi.. kenalah ambil tahu!
Comments
Shahidatul Akhmam Rambeli menulis
Salam En Rashid
Saya setuju dengan apa yang diperkatakan oleh En Rashid. Adakalanya kita lupa dan alpa berkenaan perkara sedemikian rupa. Almaklumlah kerana ianya jarang berlaku dan kita lebih fokus kepada memberi perkhidmatan perpustakaan dan bukannya kes-kes kecemasan.