ANUGERAH PUSTAKAWAN HARAPAN 2010

Saya menerima emel dari Persatuan Pustakawan Malaysia berkaitan dengan:
ANUGERAH PUSTAKAWAN HARAPAN 2010

ANUGERAH PUSTAKAWAN HARAPAN PPM

1.0 Pengenalan

Anugerah tahunan Pustakawan Harapan PPM ialah satu penghargaan dari Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kepada pustakawan muda di negara ini yang telah menunjukkan pencapaian yang boleh dibanggakan dalam bidang kepustakawanan. Pemenang anugerah ini akan diumumkan semasa Mesyuarat Agung tahunan PPM.

2.0 Tujuan

Tujuan anugerah ini adalah seperti berikut :

 Untuk mengiktiraf pustakawan yang telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan di awal kerjaya mereka.

 Untuk mengiktiraf kebolehan pengurusan dan potensi kepimpinan pustakawan muda.

 Untuk menggalakkan keahlian Persatuan Pustakawan Malaysia.

3.0 Kriteria Pemilihan

Calon yang layak untuk dipertimbangkan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada kriteria berikut :

 Menyumbangkan kepada peningkatan profesion kepustakawan melalui PPM.

 Telah menunjukkan corak pengurusan perpustakaan yang efisien dan berkesan.

 Berjaya dalam mempromosikan penggunaan perpustakaan/pusat maklumat.

 Penglibatan dalam bidang kepustakawan di luar organisasi bertugas.

 Berjaya menghasilkan penulisan yang dapat mempertingkatkan profesion.

 Membuat penyelidikan yang boleh membantu memajukan bidang kepustakawanan.

4.0 Peraturan Pemilihan

4.1 Calon yang layak menerima anugerah ini hendaklah mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh PPM.

4.2 Calon hendaklah sudah bekerja dalam bidang kepustakawan tidak lebih daripada 15 tahun.

4.3 Calon mestilah berumur tidak lebih dariapda 40 tahun.

4.4 Calon menjadi ahli PPM sekurang-kurangnya 5 tahun berterusan termasuk tahun penerimaan anugerah.

4.5 Penerima hanya layak menerima anugerah ini sekali sahaja.

4.6 Anugerah ini tidak perlu diberi sekira Lembaga Pemilihan merasakan tiada calon yang sesuai pada tahun itu.

5.0 Jawatankuasa Pemilihan

5.1 Jawatankuasa Pemilihan terdiri daripada ahli-ahli Majlis PPM dan ahli kanan PPM.

5.2 Perbincangan Jawatankuasa Pemilihan adalah sulit.


6.0 Pencalonan

6.1 Pencalonan hendaklah dibuat melalui cadangan dengan keizinan calon.

6.2 Pencalonan sendiri adalah dibenarkan sekiranya calon memegang jawatan tertinggi di perpustakaan bertugas. Pencalonan sedemikian hendaklah disokong oleh seorang ahli PPM.

6.3 Kertas pencalonan hendaklah disertakan dengan hujah sokongan memenuhi kriteria-kriteria pemilihan.

6.4 Ahli Jawatankuasa Pemilihan dan keluarga terdekat tidak boleh membuat pencalonan atau dicalonkan.

7.0 Pemilihan

7.1 Calon mungkin diminta hadir temubual jika dirasakan perlu.

7.2 Lawatan ke perpustakaan/pusat maklumat calon akan dijadualkan jika perlu.

7.3 Calon hendaklah memberi maklumat tambahan jika diminta oleh Jawatankuasa Pemilihan.

7.4 Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamat.


8.0 Hadiah

8.1 Wang Tunai RM 500.00.

8.2 Trofi dan sijil penghargaan.


Sekian.

Comments

Popular Posts