Saturday, September 25, 2010

Bergambar di perpustakaan!


Bergambar di perpustakaan! emmm tak pernah terfikirkan. Saya rasa kalau kita buka album kita semasa kita belajar di universiti tentu susah nak dapat gambar kita di dalam perpustakaan atau di luar perpustakaan yang tertera tulisan nama bangunan perpustakaan. Kalau saudara saudari ada gambar seperti saya nyatakan; tahniah saya ucapkan.

Saya berpendapat gambar yang diabadikan oleh pelajar berlatar belakangkan bangunan atau suasana dalam perpustakaan yang kita bertugas di dalamnya memberi maksud yang mereka ingin mengenangkan tempat mereka menuntut ilmu. Sudah tentu kita tumpang gembira kerana ianya suatu penghormatan kepada tempat kerja kita.

Persoalannya adakah kita menyediakan tempat untuk mereka merakamkan kenangan tersebut? Saya berpendapat biarlah setiap perpustakaan mempunyai tempat untuk bergambar kenangan dengan berlatarbelakangkan nama perpustakaan berada di atas kepala mereka, maksud saya tidak terlindung bila dah berposing ramai dengan kawan-kawan. Macam pesta konvo ada tempat untuk merakamkan kenangan berlatar belakangkan logo dan nama konvo.

Gambar dahulu menjadi sejarah sekarang... gambar sekarang akan menjadi sejarah di masa akan datang. Lihatlah gambar-gambar lama Tun Abdul Razak di PTAR yang kemudiannya dipertontonkan kepada Dato' Sri Mohd. Najib Perdana Menteri Malaysia semasa beliau melawat UiTM. Sekurang-kurangnya ada foto dalam perpustakaan.

Pelajar kita sekarang ini akan menjadi pemimpin masa depan, biarlah tempat kita menjadi salah satu tempat kenangan yang diabadikan dalam album untuk kenang-kenangan anak cucu mereka, mana tahu dalam buku biografi mereka tertera nama perpustakaan kita!

Jadikan tempat kerja kita juga sebagai abadi sejarah untuk mereka.

3 comments:

Shahrul Shaharuddin said...

Saya sokong! Adakan tempat khas yang pelajar2 nie boleh ambil gambar.. cool.

yours
SH

Abd Rashid, librarian said...

emel diterima dari En Haron Wee Ah Boo

Salam Abe Rashid.

Very good affort. Creative and innovative. I like your blog.
Keep it up Abe.

Abd Rashid, librarian said...

emel dari Asmah Maarof

cool.. tapi perlu perancangan rapi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads