Thursday, September 23, 2010

Bagaimana menyimpan surat khabar?



Bagaimana nak menyimpan surat khabar itu perkara mudahkan! Tapi yang susahnya bagaimana nak dapatkan kembali! Kat dalam stor memang dah bertimbun. Bayangkan sehari terima 7 judul surat khabar atau sesetengah perpustakaan mungkin lebih. Sebulan dah berapa ratus naskah tuu. Agak memenatkan jika ada yang hendak berita dari surat khabar yang bercetak ini dari bulan-bulan yang lepas. Kita pulak longgokan semuanya kat stor. Pergilah cari sendiri, itulah yang selalunya dibuat orang yang sedikit malas.

Kalau cakap tentang online newspaper tuu lainlah, nii yang dok bertimbun nii. Dulu kita ikat ikut bulan, longgok dengan tertulis bulan Jan, Feb, Mac.... Bila semak kemudiannya bulan kemana tajuk akhbar kemana semuanya bercampur.

Itu dulu, masa ni dah lain dah. Ada kreativiti yang lahir pada individu ini (gambar) yang merekacipta tempat letak surat khabar dengan lebih baik. Sejak 2004 rak yang direka ini menyelesaikan kaedah penyimpanan surat khabar hingga sekarang ini. Kreativiti perlu dibiar berkembang dengan suburnya di semua perpustakaan.

Cuma orang kreatif faham mereka yang kreatif...jadi anda semua kreatif!

3 comments:

Anonymous said...

Salam,
Rak tu based on types on news paper?
by year?.... details of arrangement of the rack?.. Tq for the info n ideas.. :)

Rosnita said...

Alhamdulillah..cantik dan kemas sekali...Boleh le kami tiru..

Abd Rashid, librarian said...

saya menerima emel dari Azizah Khasim beliau menulis...


Salam En. Rashid,

Sebenarnya saya memang tengah pening fikirkan masalah ruang akhbar dan cara nak organize akhbar d PTAR 1 ni. Maklum le tak mcm kat cawangan dulu ada di dalam bilik atau ruang rujukan tersendiri, di sini open jadi bila dapat email En. Rashid ni terus saya cancel order mobile compactus dan panggil pembekal buat rak macam u all tu tapi dgn mengambil kira penambahbaikan dari segi rupa parasnya le. Anyway saya amat menghargai dan memuji idea/inovasi orang Perlis ni. Terima kasih berkongsi idea bersama kami di PTAR.

Sekian, Wassalam.

Salam untuk semua staf library di Perlis ye... nanti kami tunjukkan rak akhbar PTAR lak ye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads