Pameran buku baru kenapa tak menarik?

baca - Fotopages.com khusyuk - Fotopages.com
Pameran buku baru di perpustakaan kalau di lihat dari dulu (90an) hingga kini dari segi bentuk pameran fisikalnya tidak banyak berubah. Buku baru disusun dan pengguna tidak dibenarkan pinjam tetapi boleh ditempah. Bila buku sudah diletakkan di rak barulah boleh diambil untuk dipinjam. Ada juga yang dipamerkan begitu lama hingga berbulan-bulan kerana tiada siapa yang ambil peduli. Apatah lagi jika buku baru tidak ada yang hendak dikeluarkan dari Unit Katalog, kosonglah ruang pameran buku baru.


Kecuali kalau dilihat dalam website perpustakaan (itupun yang ada website)mungkin ada sedikit ruang untuk buku baru. Walau bagaimanapun ianya tidaklah sama seperti perletakannya secara fizikal dalam ruang perpustakaan. Rasanya kita tak berapa cekap dari segi pemasaran bahan yang sedia bertimbun dalam perpustakaan. Berbagai alasan boleh diberi jika kita tidak berminat mengenai isu ini.


Kalau kita pergi ke kedai buku seperti MPH dan Popular kita akan dapati mereka ini lebih kreatif dalam membuat pameran. Siap ada thema lagi tuu. Ingat masa bulan Ramadhan baru ni. Buku-buku PTS yang berkaitan dengan puasa dan agama diberi nafas baru dengan kaedah pameran yang menarik.

Kita di perpustakaan bagaimana? tak nak berubah!

Comments

Salam En.Rashid,

May be i can give some example for this problem. We talk as blogger aite? =D

Ok, bagi saya, pameran yang sekarang nie dibuat "ala kadar" je. Tak de pon inisiatif yang diluar "kotak" untuk menampakkan "kretif" tu.

Maaf lah, just pandangan dari manusia kecil =D

yours
SH
b®e4kE®84 said…
erm.....
sebab kita terlalu ikut theme "keperpustakaan" sangat...

nak citer lebih pun bukan kita selalu ke lib2 lain tengok diong buat...

kalau nak citer pasal kedai buku,.. agak lain skit sebab main objektif diorg nak jual produk...

tapi tak salah gak kalau kita cuba kan...

klau kedai saya, saya sendri akan buat boom.....
Unknown said…
Ya saya suka that... "boom" ... perlu ada kreativiti.
Anonymous said…
PADA PENDAPAT SAYA YANG MASIH BARU DALAM BIDANG INI :

1. PERPUSTAKAAN MEMERLUKAN MEREKA2 YG KREATIF BAGI MEMASARKAN PERKHIDMATAN MEREKA...UNTUK MENJADI KREATIF BUKAN SAHAJA DATANG DARI DIRI PUSTAKAWAN ITU SENDIRI, TAPI TEAMWORK,SOKONGAN DAN IDEA2 DARI PIHAK SEKELILING SERTA KETERUJAAN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN BAIK...KITA PERLU BEKERJA DENGAN PENUH SEMANGAT DAN ILTIZAM

2. KEKANGAN BUDGET KADANGKALA MENJADI HALANGAN DALAM MEMPROMOSIKAN PERKHIDMATAN

3. SOKONGAN DAN GALAKAN DARI PIHAK ATASAN AMAT2 PENTING

4.THINK OUTSIDE THE BOX...DALAM MEMASARKAN ILMU, MEMANG AGAK SUSAH SEBAB XSEMUA ORANG NAK MELIHAT BENDA2 ILMIAH NI...LAIN LA SOAL HIBURAN,MASING2 BEREBUT AMIK TAU...SO KENA FIKIRKAN SEBUAH PAMERAN YANG TIDAK KAKU,MENARIK,COLOURFULL,SIMPLE,SANTAI TAPI MEMBERI IMPAK YANG BERKESAN

5.SESUATU REWARD PERLU DIFIKIRKAN SEBAGAI BALASAN ATAS KEJAYAAN MEREKA2 YG TERLIBAT...KEDAI BUKU AKAN BUAT YG TERBAIK SEBAB NAK JUAL BUKU MEREKA N DAPAT KEUNTUNGAN...MYBE KITA BOLEH FIKIRKAN SESUATI REWARD YG BUKAN DLM BENTUK KEWANGAN...INI SEMUA AMAT PENTING SAYA RASA DALAM MEMASTIKAN KESERONOKAN DALAM BEKERJA..KALAU KITA SERONOK DENGAN APA YG KITA BUAT,YANG SUSAH PUN JADI SENANG...

TQVM
Unknown said…
Komen yang diterima dari emel saya

Norhayati menulis ...

Salam.

Saya sangat bersetuju mengenai tempat pameran buku baru yang perlu dititikberatkan.Perlu lebih kreatif dan moden untuk tarik perhatian pengguna (contohnya penggunaan almari/kabinet kaca yang moden dan mungkin diletakkan berhampiran kaunter).Lokasi pameran buku baru perlu ada sistem pencahayaan yang baik supaya mudah dilihat pengguna.

Hanya sedikit pandangan...

Can't wait for our new building!

Nur hayati Abdul Satar
Pustakawan
Unit Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal
UiTM Arau, Perlis


..................

Sebelum itu Abd Aziz menulis....

Assalamualaikum....

Tuan,

Saya ingin menyatakan pendapat saya tentang fenomena ini. Saya perhatikan permasalahan ini telah lama berlarutan sejak dari dahulu lagi, senario ini berlaku mugkin disebabkan oleh budaya orang kita yang tidak gemarkan amalan membaca tidak seperti di negara-negara luar. Mungkin mereka menganggap buku ini sesuatu yang agak statik, kaku, dan untuk memperolehi sesuatu ilmu itu kita terpaksa menghabiskan sesebuah buku menyebabkan mereka agak kurang mendekati buku meskipun buku-buku baru.Mereka lebih gemar mendapatkan sesuatu maklumat melalui jalan pintas terutama sekali melalui teknologi internet yang mana sumbernya lebih pantas dan mempamerkan gambaran-gambaran visual yang lebih realistik dan menarik. Kalau dibandingkan pendekatan yang digunakan oleh perpustakaan dan syarikat-syarikat jualan buku adalah amat berbeza sekali. Jika syarikat jualan buku-buku, merekan lebih menitikberatkan pameran untuk buku-buku baru untuk dikormesilkan,kerana hasil jualan buku-buku merupakan sumber pendapatan mereka, manakala perpustakaan mempamerkan buku-buku baru lebih menjuruskan kepada perkhidmatan pelanggan dan petugas-petugas perpustakaan hanya menunaikan tanggungjawab mereka mempamerkan buku-buku baru sebagai tarikan pengunjung. Satu lagi penyebab yang penyumbang permasalahan ini adalah mungkin kita telah ketandusan idea-idea baru untuk memberi satu kelainan dalam mempamerkan buku-buku baru contohnya tempat pameran,teknik pencahayaan ataupun material yang digunakan sebagai tempat pameran mungkin agak ketinggalan zaman (old fashion). Jika boleh, kita cuba untuk mencari idea-idea baru untuk menampakkan kelainan dalam mempamerkan buku-buku baru seiring dengan peredaran masa dan kemajuan teknologi. Bak kata pepatah,
Tak Kenal, Maka tak cinta....

Sekadar Pendapat Saja....
Saya Budak Baru Belajar....

Abd Aziz Zainol
Unit Pembangunan Bibliografik & Pengurusan Teknikal
UiTM Arau

Popular Posts