Roti Capati Sup dan Shawarma!



Mencari makanan di Tanah Suci bukanlah suatu  masalah. Ada pelbagai jenis makanan di sana, samada kita hendak cita rasa Arab maupun Pakistan ianya ada dijual di gerai dan juga restoran. Terdapat gerai Malaysia, Indonesia dan lain-lain negara di kompleks membeli-belah. Lauk kambing. lembu mahupun ayam semuanya sedap-sedap. Pilih sajalah apa yang anda teringin hendak makan.
Di hotel, buah kurma diletak di depan lobby. Siapa saja boleh ambil dan makan. Air panas berempah turut disediakan. Memang lain rasanya dan bukan kebiasaan kita di Malaysia ini.

Ini pula sup kambing makan dengan roti. Ada juga hati kambing goreng kicap. Ingatkan tak habis, last sekali licin juga. Mulanya bila sampai ke restoran ini kami hendak pekena sup unta tetapi tidak ada laa pula. Kambing pun kambing laa... tetap sedap.

Ini pula kawan saya sedang memesan shawarma. Di Malaysia ramai terkeliru dengan panggilan makanan ini. Kita sebut kebab. Di sana kebab itu lain.

Comments