Mekah - Lorong Pasar Buah












 

Ini adalah lorong pasar buah yang terdapat di antara bangunan-bangunan berhampiran laluan ke Masjidil Haram. Lihatlah buah-buah segar yang dibawa dari negara luar Arab Saudi. Kalau kita ke pasar buah yang dijual secara borong pasti haji-haji dan hajah-hajah akan tertawan dengan buah-buah yang segar dan saiz-saiz yang besar. Pasar borong buah itu lagi luas kawasannya. Saya ada beli buah delima 10 biji dijual dengan harga lima belas rial. Pisang berangan sangat popular kerana ia banyak membantu dalam routin makanan saya. Sebelahnya terdapat jualan sayur-sayur. Jika hendak tambah menu makanan, beli saja cili besar atau kecil, lobak, daun sederi dan lain-lain untuk dijadikan ulam-ulaman.

Comments