Kejujuran

Setiap hari kita diuji. Cerita menarik pagi ini adalah cerita ujian kepada seorang pelajar. Dia menceritakan tentang bagaimana suatu hari beliau membeli sekeping topup untuk telefonnya. Entah bagaimana bila balik ke rumah dia mendapati terdapat dua keping topup. Kad tersebut melekat antara satu sama lain. Seminggu beliau simpan topup yang terlebih itu. Memikirkan untuk memulangkan balik atau tidak. Maklumlahlah rezeki yang tidak disangka disebabkan kelalaian penjual. Hujung minggu beliau mengambil keputusan untuk pulangkan topup tersebut.  Petang ada kuliah dan sedikit jamuan. Bila hendak balik pensyarahnya minta dia ambil makanan yang berlebihan tersebut. Oleh kerana makanan banyak beliau bawa balik dan jual kepada pelajar-pelajar di hostelnya. Katanya apa yang dia dapat sama dengan nilai topup yang dia pulangkan kepada pekedai pagi tadi.



Minggu ini saya bersama isteri ke shopping mall baru di Alor Setar. Oleh kerana kedai di dalamnya banyak tidaklah dapat kami singgah kesemua kedai di situ. Ramai pengunjung pada hari tersebut. Salah satu perkara yang sama berlaku pada cerita di atas ialah bila isteri membeli tudung di salah sebuah kedai pakaian. Bila balik ke rumah isteri memberi tahu terdapat dua helai tudung dalam sampul plastik tersebut. Tudung tersebut nipis dan dalam keadaan berlipat masih susah untuk membezakan samada sehelai atau dua helai. Jurujual pun tidak perasan yang beliau memberi dua helai kepada kami. Bayangkan kalau ramai pembeli mendapat extra tudung pada hari tersebut. Terduduk tokei kedaikan. Tak balance stock take dia hari tu antara yang dijual dengan yang tertinggal. Malam itu juga isteri saya telefon maklumkan kepada tokei kedai supaya beliau ambil perhatian tentang perkara tersebut. Bila kami lapang nanti kami pulangkan. Allah uji kami semua.


Comments

Popular Posts