Ziarah jiran di Kota Mekah

Kesempatan berada di Kota Mekah ada saudara kawan yang menjemput kami ke rumah beliau. Isterinya orang Perak sementara suaminya orang Indonesia. Jadi dalam lawatan tersebut kesempatan kami bertemu dengan tetamu dari Indonesia yang akan mengerjakan haji juga. Tetamu Indonesia ini merupakan pensyarah bidang agama. Seronok berbual dengan mereka kerana mereka berilmu. Tuan rumah menghidangkan nasi mandi kepada kami. Dari pembacaan saya tentang adat orang arab, mereka akan masak berlebihan untuk meraikan tetamu. Jika makanan yang disediakan itu tidak cukup atau dimakan tetamu hingga habis, ianya sangat memalukan mereka.

 





Comments

Popular Posts