Free Market di Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan



Alhamdulillah di bulan puasa yang mulia ini, buat pertama kalinya pada hari ini Kelab Kebajikan Kakitangan Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan UiTM Perlis telah mengadakan Free Market terbuka untuk warga UiTM Perlis. Free Market berkonsepkan DERMA, iaitu barang-barang terpakai yang masih elok atau barang-barang baharu yang ingin diberi percuma kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.

Pihak Kelab bercadang untuk mengadakannya pada setiap hari Rabu. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada bilangan peserta yang ingin mengambil bahagian. Oleh yang demikian semua staf UiTM Perlis boleh membawa barang-barang yang tidak diperlukan lagi tetapi masih baik untuk didermakan pada hari tersebut.



Comments

Popular Posts